Hiburan

"Saya Ibu Tunggal & Tak Diberi Nafkah" - Sharifah Sofia Kecewa Tak Dapat Bantuan BPN

Amri Hassan
12/05/2020
04:45 MYT
Sponsor Banner
"Saya Ibu Tunggal & Tak Diberi Nafkah" - Sharifah Sofia Kecewa Tak Dapat Bantuan BPN
Pelakon Sharifah Sofia meluahkan rasa terkilannya apabila permohonan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) gagal.
Jelas Sofia, dia kecewa apabila situasinya sebagai ibu tunggal bergaji minimum tidak mendapat bantuan sewajarnya.
"Saya tak gembira! Saya seorang ibu tunggal yang membesarkan sendiri dua anak dengan gaji yang minimum dan tidak diberi nafkah dan tak layak," tulisnya menerusi Twitter.
Menerusi perkongsiannya di Twitter juga, permohonannya ditolak atas alasan punyai duplikasi permohonan.
Alasan duplikasi permohonan merujuk kepada permohonan suami dan isteri yang telah diluluskan secara berasingan.
Sebanyak lebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk BPN diluluskan berjumlah RM1.7 bilion.
Pemohon yang gagal mendapat BPN dan berada dalam kategori mereka yang hilang pekerjaan atau mempunyai syarikat yang tidak lagi aktif, masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan sehingga 31 Mei ini.
Sofia sebelum ini mendedahkan dia telah bergelar ibu tunggal selepas perkahwinannya bersama suami, Syed Ismail Syed Ibrahim berakhir.
Menurutnya, dia dan bekas suami sepakat untuk menjaga anak-anak mereka, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera secara bergilir-gilir tanpa sebarang masalah.
Sofia dan Syed Ismail mendirikan rumah tangga pada 18 Oktober 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar