Hiburan
"Saya Jual Kopi Tanpa Bancuh, Bukan Jual Tubuh" - Bulan Pernah Diajak Ke Ranjang Gara-Gara Pakai Seksi
Pempengaruh yang kian dikenali ramai, Bulan, mendedahkan pernah menerima pelawaan ke ranjang susulan penampilan seksinya dan mencolok mata di media sosial.
Menurut Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira, 27, dia hanya menjual produk kopi tanpa bancuh atau Liquffe dan bukan menjual tubuh badannya meskipun berpenampilan seksi.
"Walaupun saya seksi, bertatu, tapi saya jual kopi tanpa bancuh, bukan jual tubuh. Saya pun tak faham, hari-hari saya berniaga, buat live di media sosial demi mencari sesuap nasi, boleh pula segelintir netizen mendakwa saya jual tubuh untuk duit.
"Iya, saya akui berpenampilan seksi kerana inilah diri saya sejak kecil, tapi itu tak bermakna saya ini wanita murahan. Saya jual produk kopi, tapi yang DM (direct message) benda yang pelik-pelik dan tak tahu malu," katanya.
BERITA TRENDING: Artis Remaja Fikry Kiki Nafi Dibela Sugar Mummy Seksi, Modal Bisnes RM600,000 Usaha Keras Sendiri - "Saya Masih Ingat Dosa Pahala"
Mula-mula tanya produk, kemudian ajak ke ranjang!
Menurut wanita yang merupakan penari tradisional Sarawak dan juga pengasas produk Liquffe ini, kebisaaannya netizen bertanyakan tentang produk, namun lama-kelamaan mereka mahukan layanan berlebihan.
"Kata mereka, minum kopi tanpa bancuh tu boleh tambah tenaga dan tingkatkan kesihatan, kemudian mulalah kaitkan dengan hubungan intim dan sebagainya.
"Saya tidaklah marah, tetapi janganlah melampau. Kalau boleh biarlah beradab dalam berkomunikasi sama ada secara berhadapan atau dalam media sosial.
"Jangan ingat wanita seksi 'murah' atau mudah diajak melakukan perkara yang tidak elok. Saya cari rezeki halal siang dan malam, jadi hormatlah sikit.
"Apa-apa pun saya berterima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sentiasa ada dalam susah senang saya. Orang luar tak tahu betapa sukarnya saya dalam bisnes.
"Orang nampak saya gembira saja. Kepahitan hidup yang saya lalui, hanya keluarga dan sahabat sahaja yang tahu dan tidak pernah berhenti menyokong saya dalam menjalanlan bisnes," katanya yang berniat baik mahu bantu wanita lain berjaya.
BERITA TRENDING: Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"
Bantu suri rumah jana pendapatan
Bagi menyahut seruan kerajaan untuk terus mengatasi masalah pengangguran, Bulan menerusi produk kopi tanpa bancuh berbentuk cecair yang pertama di Malaysia iaitu Liquffe mengambil inisiatif memberi peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan.
"Liquffe adalah singkatan daripada Liquid Coffee yang mana minuman kopi secawan dijadikan dalam bentuk sachet.
"Meskipun Liquffe ini masih baru, ia telah menunjukkan sedikit demi sedikit petanda baik apabila ramai suri rumah mula menjualnya.
"Ia agak menarik kerana penggemar minuman kopi tidak perlu membancuhnya antara faktor ia mendapat permintaan yang semakin meningkat.Tambahan pula, ia bagus untuk kesihatan tubuh kerana diasaskan dengan nektar kelapa.
"Alhamdulillah, suri rumah antara golongan yang memberi respons positif kerana jualan ini mampu membantu dalam menjana pendapatan tambahan tanpa mengabaikan suami dan anak-anak,” jelas beliau lagi.
Pada masa sama, selain membantu dalam menjana pendapatan, Bulan juga mahu sentiasa membantu masyarakat dalam soal kesihatan.
"Ejen dan stokis tidak perlu risau kerana kopi tanpa bancuh yang menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan ini turut mengandungi nektar atau gula kelapa yang bagus untuk kesihatan.
"Penyelidikan telah dilakukan selama tiga bulan. Dalam tempoh tersebut banyak berlaku penolakan kerana mahukan rasa kopi yang terbaik yang tidak menggunakan gula putih sebaliknya nektar kelapa.
"Kalau nak tahu, nektar kelapa ini mempunyai nutrisi yang tinggi seperti menstabilkan paras gula dalam darah, membantu melawan keradangan, membantu meningkat metabolisme, bagus untuk kesihatan usus dan banyak lagi.
"Jadi, secara tak langsung mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti pesakit kencing manis, boleh menggunakannya,” ujarnya.