Laman Utama

“Saya Kena Lebih Kuat” - Didakwa Terpaksa Tanggung Keluarga Sendirian, Ini Jawapan Balas Ina Naim!

Hanafis Haris
18/02/2021
09:25 MYT
Sponsor Banner
“Saya Kena Lebih Kuat” - Didakwa Terpaksa Tanggung Keluarga Sendirian, Ini Jawapan Balas Ina Naim!

Isteri kepada bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menafikan dia kini terpaksa menanggung keluarga sendirian selepas suaminya mengalami masalah penglihatan terhad.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 37, berkata, suaminya masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga biarpun dihimpit pelbagai ujian.

"Alhamdulillah suami saya masih lagi pikul tanggungjawab walaupun tak beberapa sihat.

“Cuma bezanya sekarang ini saya kena lebih bertenaga dan kuat sebab masih suami tak boleh nak memandu.

“Biarpun begitu, dia tetap menjalankan tanggungjawab lain dengan baik.

“Suhaimi masih lagi boleh menyanyi, buat lagu dan persembahan. Kalau ada waktu terluang, dia akan mengurut orang lelaki selain uruskan pembelajaran anak-anak,” katanya.

Jelas Ina, dia juga mengambil pendekatan untuk berniaga makanan.

“Saya jenis orang tak suka duduk saja, nak juga buat sesuatu yang manfaat. Saya lebih selesa macam ini.

“Sekarang saya ada berniaga laksa Kedah dan mi kari,” katanya.

Untuk rekod, pasangan tersebut yang berkahwin pada Ogos 2007 dikurniakan empat cahaya mata.

Difahamkan kesemua anak pasangan tersebut menerima pendidikan menerusi home schooling yang mana Suhaimi dan Ina bertindak sebagai pengajar

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar