Laman Utama

"Saya Mahu Lihat Jasadnya Kali Terakhir"- Abang Sebak Laung Azan Ikhtiar Cari Adik Mangsa Kepala Air Jeram Air Putih

Syafiqah Jalal
06/07/2023
23:23 MYT
Sponsor Banner
"Saya Mahu Lihat Jasadnya Kali Terakhir"- Abang Sebak Laung Azan Ikhtiar Cari Adik Mangsa Kepala Air Jeram Air Putih
Shahrizal Saliman, 40, masih setia menunggu di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, Terengganu dengan penuh harapan akan berjumpa dengan adiknya Mohammad Fikri Saliman, 24, yang masih hilang dalam fenomena kepala air di Jeram Air Putih, Terengganu.
Katanya, dia masih tidak putus-putus berdoa berharap adiknya ditemui sama ada hidup atau meninggal dunia.
"Saya terima apa sahaja perkhabaran dan andai ditakdirkan adik sudah tiada, saya mahu melihat sosok tubuh atau jasadnya buat kali terakhir.
"Naluri saya masih positif dan yakin adik akan ditemui sebab itu saya masih tunggu di sini," katanya.
Selain Mohammad Fikri, seorang lagi mangsa yang masih hilang adalah Putri Nur Fatin Karim, 14.
Terdahulu, Shahrizal sanggup bersama-sama mengikuti pasukan penyelamat dalam usaha mencari adiknya.
Malah, Shahrizal turut melaungkan azan sebagai ikhtiar mengesan adiknya dan seorang lagi mangsa.
Suasana sedih menyelubungi kawasan pencarian apabila Shahrizal yang dibawa ke kawasan berkenaan melaungkan azan. Malah, dia juga dilihat sebak ketika melaungkan azan.
Ketika ini, dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, masih belum ditemui.
Lapan lagi mangsa iaitu Karim Abdullah,39; Azizah Eiyi,40; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah,16; Muhammad Zulqarnain Haikal, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree,6, dan Putri Aryana Umaira,4, sudah ditemui dan selamat dikebumikan.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar