“Saya Mahu Tenangkan Diri” - Fazziq Muqris Kongsi Impian Melancong Ke Dua Benua Pada 2025
Pelakon dan Penyampai radio, Fazziq berkongsikan keinginannya untuk lebih banyak melancong pada tahun hadapan.
Kongsi Fazziq, 24, mengakui tahun 2024 adalah tahun dimana diia lebih banyak fokus kepada kerja sehingga kurang masa untuk melancong atau berehat.
Oleh itu, dia bertekad untuk melancong lebih kerap pada tahun hadapan sebagai usaha untuk menikmati hidup dengan lebih seimbang.
“Saya nak belajar lebih banyak lagi dan saya akan cuba untuk melancong lebih banyak lagi pada tahun hadapan sebab pada tahun 2024 ini saya kurang melancong dan saya lebih banyak bekerja dari awal tahun sampailah sekarang.
“Walaupun saya cuti dari kerja hakiki saya iaitu jadi penyampai radio tapi saya tetap ada penggambaran dan sebagainya.
“Jadi, saya rasa saya akan cuba untuk melancong untuk tenangkan diri dan saya juga akan menyertai banyak pertandingan larian,” katanya kepada Gempak.
Tambahnya lagi, pelakon kacak itu juga berkongsi keinginannya untuk mengembara ke dua benua yang berbeza, iaitu Asia dan Eropah.
Bagi Fazziq, mengunjungi kedua-dua benua tersebut adalah satu peluang untuk dia mempelajari dan mengalami budaya yang berbeza.
“Saya mahu melancong dalam asia dahulu terutama sekali untuk melancong di negara Arab sebab saya nak cuba merasai budaya di sana memandangkan negara itu adalah negara asal makanan Shawarma.
“Selain itu saya juga mahu melancong ke negara eropah. Jadi, dua benua ini adalah yang saya mahu pergi pada tahun hadapan,” kongsinya.