Laman Utama

“Saya Memang Suka Tinggal Dengan Mentua… Kami Sekepala” - Ayda Jebat

Izwan Isa
01/09/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Memang Suka Tinggal Dengan Mentua… Kami Sekepala” - Ayda Jebat
Masih tinggal dengan mentua sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tidak pernah berdepan dengan sebarang pengalaman yang kurang baik sehingga ke hari ini.
Pelantun lagu Parah Parah itu berkata, sepanjang tinggal dengan ibu dan bapa mentua, dia dilayan dengan baik selain tidak dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak.
“Ada pro dan con apabila tinggal dengan mentua ni. Orang lain saya tidak pasti, tetapi bagi saya, saya memang suka tinggal bersama mentua.
“Ibu Nabil dan saya memang sekepala. Tambahan pula perangai sama iaitu kami tak masak. Kalau dia nampak saya ada di dapur, dia akan cakap buat apa kat dapur ni? Katanya kalau nak kemas-kemas tak perlu, sebab kami dah ada pembantu.
“Itu merupakan pengalaman saya, jadi orang lain mungkin ada pengalaman yang berbeza,” katanya kepada Gempak.
Ayda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan kedai barangan bayi Chicco dan pelancaran kereta sorong bayi One4Ever di Chicco IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Sebelum ini, Ayda pernah berkongsi di laman sosial yang dia dan Nabil membeli sebuah rumah banglo sempena dengan ulang tahun perkahwinan pertama mereka.
Ditanya adakah mereka akan berpindah dan tidak tinggal lagi dengan mentua, Ayda berkata: “Rumah baharu saya dan Nabil pun dengan rumah mentua. Kalaulah suatu hari nanti kami pindah, kami akan tetap ulang alik ke rumah mentua,” katanya lagi.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan seorang anak, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar