Hiburan

"Saya Minta Nasihat Dari..." - Benladin Alami Perubahan Vokal

Asraf Aided
10/03/2020
06:51 MYT
Sponsor Banner
"Saya Minta Nasihat Dari..." - Benladin Alami Perubahan Vokal
Penyanyi Benladin akui sedang menghadapi masalah perubahan vokal dalam nyanyiannya.
Namun menurut Ben, dia telah cuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah tersebut.
"Vokal saya mengalami sedikit perubahan, suara saya tidak sama seperti menyanyikan lagu Hikayat Ben Ladin dua tahun lalu.
"Jika didengar secara terperinci, suara saya kedengaran sedikit kedalam, namun banyak perkara yang saya telah lakukan untuk mengekalkan kualiti nyanyian dan tenaga seperti sebelum ini," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ben menambah, dia juga sering mengikuti sesi latihan vokal untuk menambah baik teknik nyanyian.
"Saya selalu mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Delly untuk sentiasa menambah baik teknik nyanyian saya.
"Cikgu Delly banyak membantu saya sejak zaman penyertaan saya dalam Idola Kecil 5 dahulu, selain itu, saya ada juga bertanya dan membuat rujukan kepada beberapa artis tempatan, antaranya Datin Alyah.
"Saya amat menghargai nasihat dan pelbagai ilmu berguna yang mereka kongsikan kepada saya," tambahnya.
Ben kini tampil dengan single terbarunya yang berjudul Rampung.
Single tersebut merupakan hasil ciptaan Luca Sickta dan Siqma selaku penulis lirik dan digubah oleh Malique dan Luca Sickta.
Rampung boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih seperti Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music dan KKBox.
Muzik video rasminya pula telah ditayangkan di laman YouTube sebulan lalu dan mendapat tontonan sebanyak 1.5 juta.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar