Berita

“Saya Mula Dengan Baju Labuh Paras Punggung…”- Berhijrah, Linda Hashim Perbaiki Diri Luar & Dalam

Syafiqah Jalal
17/06/2020
05:13 MYT
Sponsor Banner
“Saya Mula Dengan Baju Labuh Paras Punggung…”- Berhijrah, Linda Hashim Perbaiki Diri Luar & Dalam
Pelakon Linda Hashim mengesahkan dia sudah mula bertudung penuh sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Pun begitu Linda akui, dia sudah mula niat hendak bertudung sejak beberapa tahun lalu lagi.
Bagaimanapun, Linda akui dia bermula dengan cuba mengubah penampilannya kepada yang lebih sopan.
“Sebenarnya sejak beberapa tahun lalu lagi saya sudah menyatakan hasrat hendak bertudung tapi banyak sahaja halangan dan dugaannya.
“Namun saya akui saya bermula dengan memakai baju lengan panjang dan labuh paras punggung.
“Menjadi titik permulaannya saya bertudung ketika PKP baru-baru ini. Banyak hikmahnya, bila saya duduk di rumah banyak buat ibadah seperti solat sunat dan sebagainya ia sekaligus menggerahakan hati saya untuk mahu bertudung terus,” katanya.
Linda berkata kepada Astro Gempak mengenai imej terbaharunya.
BACA: “Senyum Je Beego Tengok Isteri Cantik Bertudung”- Giliran Linda Hashim Berhijrah?
Menurut Linda lagi, dia bukan sahaja mahu mengubah imejnya sahaja malah mahu berhijrah menjadi seorang muslilah yang sejati.
“Saya tidak mahu dilihat baik hanya kerana saya bertudung sahaja. Saya mahu perbaiki diri saya luar dan dalam.
“Jadi sebelum saya bertudung saya telah cuba memperbaiki dalaman saya dengan menjadi seorang yang lebih beradab serta berkawan dengan orang-orang yang baik.
“Sejujurnya ini penghijrahan diri saya dari dalam dan luar,” katanya lagi.
Linda dan Beego merupakan pasangan selebriti yang banyak membintangi drama Melayu di stesen televisyen.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella, 1.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar