Berita
“Saya Mungkin Keguguran Atau Dimasukkan Ke ICU”- Nora Danish Kongsi Sebab Bersalin Secara Pembedahan
Pelakon Nora Danish kongsi pengalaman melahirkan Mohamed Neyqal Nazri Aziz pada 22 Februari lalu.
Nora Danish memberitahu anaknya itu dilahirkan pra matang namun, Neyqal atau Ney Ney seorang bayi yang sihat.
Menerusi akaun Instagram (IG) Nora memberitahu lagi dia mahu melahirkan Ney Ney normal, tetapi atas nasihat doktor dia terpaksa melalui proses pembedahan.
Risiko melahirkan bayi secara normal tinggi kerana Nora mempunyai fibroid dan boleh dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana komplikasi tersebut.
Nora bersyukur kerana semua berjalan dengan lancar dan selamat.
“Saya bersyukur kepada Allah untuk kehadiran NeyNey. Saya juga berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat atas doa yang diberikan.
“Saya melahirkan bayi lelaki pada 22 Februari 2018 seberat 2.97kg. NeyNey dijangka keluar pada 9 Mac tapi nampaknya dia nak lihat dunia lebih awal.
“Alhamdulillah untuk bayi pra-matang anak saya sihat.
“Saya memang nak lahirkan NeyNey secara normal tetapi saya dinasihatkan Dr Aziz supaya melakukan pembedahan kerana selepas diperiksa saya ada 2 fibroids yang sangat bahaya.
“Saya bersyukur kandungan selamat kerana sebenarnya fibroid ini mungkin boleh menyebabkan keguguran atau dimasukkan ke ICU.
“Jadi saya nak nasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk ada anak supaya buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu, jika ada fibroids buang dahulu.
“Saya bertuah sangat kami berdua selamat dan sihat. Saya sangat bersyukur kepada Allah swt. Saya juga nak berterima kasih kepada Dr Aziz atas khidmat yang diberikan,” tulisnya.
Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata dari kalangan wanita atas kesedaran membuat pemeriksaan sebaiknya sebelum merancang mempunyai cahaya mata.
Foto: Instagram Nora DanishA post shared by Nora Danish (@noradanish) on
Must-Watch Video