Berita

"Saya Nak Buat Laporan Polis Sebab..."- IG Linda Rafar Digodam, Hacker Minta Bayar Hampir Setengah Juta Ringgit!

ZULHILMI JALIL
05/06/2020
05:02 MYT
Sponsor Banner
"Saya Nak Buat Laporan Polis Sebab..."- IG Linda Rafar Digodam, Hacker Minta Bayar Hampir Setengah Juta Ringgit!
Pelakon Linda Rafar kehilangan akaun Instagram miliknya yang mempunyai hampir satu juta pengikut selepas digodam.
Lebih menyedihkan, kata Linda, penggodam tersebut juga dikatakan berjaya mendapat akses masuk ke akaun peribadi miliknya lain.
"Bukan sahaja Instagram, akaun email dan Paypal saya juga digodam. Saya tak berhenti menangis dari semalam.
"Saya menggunakan kata laluan yang sama dengan Instagram untuk akaun tersebut. Hari ini saya baru nak buat laporan polis," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Linda lagi, dia juga sudah mengambil tindakan dengan menukar semua kata laluan akaun lain yang dimiliki bagi tujuan keselamatan.
Begitupun, menurut Linda, penggodam tersebut ada menghubunginya meminta sejumlah bayaran sekiranya mahu dikembalikan.
"Dia minta saya bayar AS$100,000 (RM426,750). Individu tersebut dipercayai dari Turki, tetapi bila cakap nak bayar, dia guna nombor telefon Malaysia Whatsapp dan ada group scammer dalam tu," katanya.
Semalam, Linda mendedahkan akaun Instagram miliknya digodam.
Ekoran insiden itu, Linda kini membuka satu akaun Instagram baharu menggunakan nama @lindarafarr.
Dalam pada itu, sejak semalam beberapa artis juga menerima mesej di Instagram yang disertai pautan khas dipercayai cubaan pihak luar menggodam.
BACA: “Jangan Klik Link Yang Dihantar Ke Direct Message Korang!” – Instagram Selebriti Malaysia Diserang Hackers?
Saksikan program yang menampilkan Linda Rafar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar