Berita
“Saya Nak Kawan Dengan Dia Sebab Cantik...” - Shahida Akui Kenal Bienda Sejak 22 Tahun Lalu
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid akui sudah mengenali penyanyi Bienda sejak berusia 13 tahun.
Menurut Shahida, Bienda yang juga ahli kumpulan nasyid Solehah merupakan kawan baiknya sejak dibangku sekolah.
“Saya kawan dengan Bienda ni dah lama dari umur 13 tahun, duduk sebelah-sebelah saja dulu.
“Masa di sekolah semua orang nak kawan dan dekat dengan dia sebab dia cantik. Saya pun sama nak kawan dengan dia sebab dia cantik manalah tau kan dapat aura cantik tu sikit (gurau je).
“Tapi dia mmg baik, kami rapat sampai baju sekolah pun kami boleh share, semua masalah kami share tapi cuma boyfriend saja kami tak kongsi waktu tu.
“Cuma bila dah kahwin masing-masing sibuk sebab ada komitmen dan kerjaya sendiri,” tulisnya.
Shahida berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto mereka bersama.
Pun begitu, Shahida bersyukur kerana persahabatan yang dibina selama 22 tahun masih kekal hingga kini.
“Alhamdulilah dah 22 tahun kami kawan, gaduh baik,gaduh baik. Bila gaduh mesti tukar tempat duduk dalam kelas.
“Apa-apa pun semoga sahabat saya ni diberi kebahagiaan dunia dan akhirat dan mudahan persahabatan kita kekal sampai ke nafas yang terakhir,” katanya
Kumpulan Solehah merupakan kumpulan nasyid wanita yang popular pada tahun 90-an dan ia dianggotai oleh lebih lebih kurang 10 penyanyi.