Laman Utama

"Saya Nak Move On, Dah Tua Tak Reti Nak ..." - Azri Iskandar Sedia Kahwini Azra Diera, Kenal 12 Hari Selepas Cerai Ellie Suriaty

Amri Hassan
08/06/2022
17:00 MYT
Sponsor Banner
"Saya Nak Move On, Dah Tua Tak Reti Nak ..." - Azri Iskandar Sedia Kahwini Azra Diera, Kenal 12 Hari Selepas Cerai Ellie Suriaty
"Sangat betul, ada tarikh nikah nanti saya beritahu," demikian kenyataan dari pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal melamar seorang wanita kelahiran Perlis dalam masa terdekat.
Jelas Azri, 54, besar kemungkinan dia akan menghantar rombongan untuk merisik wanita yang juga seorang penulis skrip yang punyai kelulusan kedoktoran, Dr. Azra Diera itu pada 23 Jun ini.
"Saya belum ada lagi tarikh kahwin, mungkin dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis jumpa keluarga perempuan untuk merisik.
"Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini," ujarnya.
Dedah Azri lagi, perkenalannya bersama Azra, 43, bermula selepas 12 hari bercerai dengan pelakon Ellie Suriaty.
"Saya jumpa Azra selepas 12 hari bercerai dengan Ellie, itu pun sebab satu projek drama sebuah stesen televisyen, kemudian saya hubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip drama itu.
"Daripada situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Rupanya dia juga sukakan saya, kami rancang untuk berkahwin kerana masing-masing dah berusia," tambahnya.
Tegas Azri, kemusnahan rumah tangganya bukan berpunca daripada hubungannya dengan Azra sebaliknya terbuka hati untuk berkahwin semula selepas bercerai dengan Ellie.
"Saya nak move on dan tak nak buang masa sebab dah jumpa orang sesuai, tapi perkahwinan ini bukan punca saya bercerai dengan Ellie.
"Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin," katanya.
Untuk rekod, Azri bercerai dengan pengarah dan pelakon Ellie Suriati Omar pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar