Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Saya Orang Lama, Tak Popular Pun…”- Mak Engku Sebak, Lihat Rakan Artis Tak Putus-Putus Datang Ziarah

Ernalisa 29/11/2024 | 12:55 MYT

Pelakon veteran, Ku Faridah Ku Shafie melahirkan rasa terharu memandangkan ramai rakan-rakan artis yang masih mengingati dirinya sepanjang dia mendapatkan rawatan di hospital.

BERITA BERKAITAN:"Netizen Tak Nampak Apa Yang Berlaku, Jangan Buat Andaian" - Anak Nafi Dakwaan Abaikan Mak Engku Sepanjang Di Hospital

BERITA BERKAITAN:"Rasa Menyucuk-Nyucuk, Bisa Macam Nak Pecah" - Mak Engku

Menurut Ku Faridah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Engku, dia tidak menyangka menerima kunjungan rakan artis yang tanpa putus sejak dua minggu berada di hospital.

"Saya rasa sebak sangat sebab ramai artis yang saya anggap macam anak, rakan-rakan seusia saya yang tak berapa sihat pun sanggup datang jauh-jauh nak datang melawat.
"Kita dalam industri ini dah lama, jadi bila kita jatuh sakit dan kawan-kawan sanggup datang bagi sokongan, perkara-perkara begitu buat kita tersentuh. Saya rasa sayu sangat sebab tak sangka masih ada yang ingat dan sayang.
"Saya orang lama, tak popular pun. Jadi bila ramai ingat diri kita, saya jadi sedih sendiri. Saya nak ucap terima kasih pada semua yang mendoakan. Macam yang pernah saya cakap, saya reda kalau inilah ingatan Tuhan untuk emak," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, menceritakan kembali detik dia terpaksa dimasukkan ke hospital, Mak Engku berkata, nasibnya agak kurang baik apabila dia yang ketika itu mahu ke tandas jatuh secara tiba-tiba.
Disebabkan itu juga, dia mengalami kecederaan di bahagian leher sehingga terpaksa mengambil tulang sum sum.

"Anak-anak memang selalu pesan kalau mahu ke tandas jangan diselak pintu bilik air. Tapi nak buat macam mana, benda nak berlaku walaupun dah berhati-hati.

"Waktu nak ke tandas, saya rasa seperti sudah berpapah di dinding, tapi itulah 'malang tidak berbau.
“Sejak saya jatuh, saya selalu pesan pada kawan-kawan hati-hati kalau nak ke tandas, jalan perlahan-lahan.

"Sebab kita ini sudah tua, kalau jatuh dalam tandas memang susah," ujarnya.

Mak Engku kini masih lagi menunggu keputusan doktor melalui sampel sum sum yang dilakukan.

#Sedih #Masih #Mak #Ada #Yang #Engku #ingat
;