Hiburan
“Saya Pantang Dicabar” - Video Lucu Uyaina Arshad Buat Tutorial Tudung Guna Barang Rumah Geletek Hati Netizen!
Telatah lucu pengacara Uyaina Arshad berkongsi tutorial tudung menggunakan barangan rumah mencuit hati netizen.
Mana tidaknya, menerusi video berdurasi 12 saat itu, Uyaina sempat menggayakan 'tudung' dengan pelbagai stail mengikut permintaan netizen menggunakan barang-barang seperti kain pelekat, plastik beras, baldi, tudung salji, dan selimut.
“Beberapa komen menarik yang saya dapat daripada video sebelum ini.
“Daripada kain batik, kain pelikat, guni beras, baldi, tudung saji & selimut, yang mana satu korang rasa saya pakai paling onz?
“Lepas ni jangan minta benda pelik-pelik lagi. Saya pantang dicabar tau,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, para selebriti dan netizen terhibur dengan video dari pengacara itu.
Antara komen yang ditinggalkan:
Sekadar info, Uyaina Arshad tercalon dalam kategori Top 20 Selebriti Tergempak dalam Gempak Most Wanted Award 2024 (GMWA2024)
Undian fasa pertama: Top 20 Gempak Most Wanted 2024 telah dibuka bermula pada 28 November 2024, 12 malam sehingga 28 Disember 2024, 11.59 malam.
Sebanyak 30 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari.
Layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi.
BERITA TRENDING: “Nasib Baik Ibu Boleh Layan…” - Layan Karenah Anak, Ibu Sanggup Teman Tonton Kahar Sebelum Balik Sarawak
BERITA TRENDING: Banjir: Anak Selamatkan Ibu Hidap Asma Guna Tangki Air
BERITA TRENDING: “Kami Berdua Semakin Banyak Mengaji” - Isteri Berniqab, Shukri Yahaya Akui Aura Rumah Tangga Makin Harmoni & Positif
BERITA TRENDING: Netizen ‘Berkampung’ Di Instagram PMX Semata Tunggu Lagu Korea Di Setiap Posting, BIGBANG, TWICE, BTS Pun Ada - “Siapa Admin Ni?”
Must-Watch Video