Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Saya Pendek Model Tinggi" - Ini Sebab Fazura Buat Finale Runway Ala-Ala Dries Van Noten

Amri Hassan 16/08/2018 | 04:16 MYT
Pelakon Nur Fazura mengakui dia mengambil inspirasi finale pertunjukan fesyen pereka antarabangsa, Dries Van Noten untuk dipersembahkan pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Baca: Gimik Model Rebah Di Pentas Runway KLFW Fazura Mirip Dries Van Noten?
"Oleh kerana tahun ini saya diberikan peluang untuk membuat pertunjukan fesyen secara solo tanpa berkongsi dengan pereka lain, saya ingin lakukan sesuatu yang berbeza daripada yang sebelum ini.
"Dan kerana ianya didedikasikan untuk peminat saya, saya mahu peminat saya dapat melihat saya walaupun mereka berdiri dari tingkat lima.
"Disebabkan saya pendek, dan model pula tinggi, jadi saya mengambil inspirasi dari pertunjukan fesyen Dries Van Noten dimana sewaktu ‘finale’ pertunjukan fesyen beliau, kesemua model duduk di atas pentas.
"Tapi saya terfikir kalau mereka duduk, susah untuk saya berjalan melewati mereka kerana takut akan terlanggar bahu dan sebagainya.
"Dan ianya tidak selari dengan mesej yang saya mahu sampaikan di mana apabila model itu rebah, bererti sesiapa sahaja akan melalui halangan-halangan di hadapan," katanya memetik Suria.my.
Tambah Fazura lagi, segala yang dilakukan diatas pentas KLFW2018 baru-baru ini telah pun dibincangkan dengan penyelaras majlis serta model-model yang terlibat.
Malah kesemua model-model berkenaan memberikan kerjasama yang sangat baik.
Sumber: Suria.my
#Viral #Fazura #Fazura #Viral #KLFW2018 #Dries Van Noten
;