Laman Utama

“Saya Pernah Tolak Berlakon…”- Elak Adegan Intim Selepas Kahwin, Sweet Qismina & Adam Lee Jaga Batas

Syafiqah Jalal
24/10/2022
23:37 MYT
Sponsor Banner
“Saya Pernah Tolak Berlakon…”- Elak Adegan Intim Selepas Kahwin, Sweet Qismina & Adam Lee Jaga Batas
Pasangan selebriti Sweet Qismina dan Adam Lee akan lebih menjaga batas dan menetapkan limitasi terhadap lakonan yang dijayakan selepas bergelar suami isteri.
Menurut Adam, ketika fasa bertunang lagi mereka sudah mula menjaga batas apabila melibatkan babak bersentuhan dan intim demi menjaga hati pasangan.
“Sebelum ini lagi, kami sudah pun mula menjaga batas serta sering ingat mengingati. Malah saya pernah tolak tawaran berlakon melibatkan adegan intim dan bersentuhan.
“Saya tarik diri kerana naskah itu melibatkan adegan romantik suami isteri yang intim.
“Berlakon itu pon satu kerjaya, macam mana sekalipun pasti tak boleh nak elak hubungan lelaki dan perempuan dalam satu drama. Apa yang penting, masing-masing tahu jaga batas apa patut dan tak patut,” katanya kepada Astro Gempak.
Pasangan merpati sejoli itu ditemui Gempak dan media selepas majlis akad nikah yang diadakan di The Boathouse, Tasik Ampang semalam.
Sementara itu Sweet memberitahu sepanjang empat tahun mereka bercinta, apa yang diterapkan adalah kejujuran dalam perhubungan.
"Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu mungkin kami belum sampai tahap ini," katanya.
Pasangan itu selamat bernikah dengan sekali lafaz di sebuah lokasi acara di Ampang, PAGI SEMALAM.
Pada majlis itu, Sweet menerima mas kahwin RM2,410.97 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet.
Sweet dan Adam yang juga pelakon drama Bidadari Salju bertunang pada 24 Oktober tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.
Seterusnya, kedua mempelai bakal diraikan dalam majlis perkahwinan pada 29 Oktober ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar