Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Saya Pohon Janganlah Salahkan Jiran, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Atau Pusat Zakat .." - Ebit Lew

Zulaikha Yusof 22/04/2020 | 23:00 MYT
Penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tampil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu Pak Ishak dan keluarga termasuk Lembaga Zakat Negeri Kedah .
Kata Ebit, bantuan yang diberikan hanya sedikit jika ingin dibandingan dengan pihak yang sudah sekian lama berusaha untuk mengubah kehidupan Pak Ishak.
"Terima kasih Lembaga Zakat Negeri Kedah yang selama ini membantu keluarga ini dengan memberi bantuan. Terima kasih JKM..Terima kasih jiran lama keluarga Pak Aq yang baik banyak membantu mereka. Mereka selalu membantu menghantar makanan dan lain-lain. Terima kasih Pihak Masjid Kariah yang ambil berat hal mereka. Terima kasih kerajaan negeri Kedah yang membantu mereka selama ini.
"Saya minta maaf pada semua yer. Mereka semua dah bantu banyak sangat. Setitik sahaja usaha saya berbanding mereka semua. Saya urus cuma beberapa orang dah menangis penat. Mereka semua urus seluruh negeri dan setiap pelusuk negeri sepanjang hayat. Saya cuma sikit sangat. Saya pohon janganlah salahkan jiran, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pusat zakat atau mana-mana orang.
"Saya salah saya minta maaf. Dari hujung rambut sampai hujung kaki pada JKM, LZNK, kejiranan lama Pak Aq dan semua yer. Saya pohon ampun yer. Benar-benar minta ampun pada semua.
"Saya cuma ingin kasih sayang buat mereka. Saya cuma tak boleh tahan mereka duduk situ. Sedih sangat menangis jer. Saya sayang semua. Saya sayang anak-anak dan pakcik makcik tu mereka baik sangat dari mula sampai saya nak balik tadi. Sorrylah yer. Saya salah saya minta maaf. Saya tak buat apa pun. Terima kasih semua yer. Semua orang baik. Saya salah saya minta maaf," tulisnya menerusi sebuah entri.
Dalam pada itu, Ebit turut melahirkan rasa syukur kerana keluarga Pak Ishak sudah berpindah ke tempat yang lebih selesa selepas 15 tahun.
Ebit turut menyatakan urusan keluarga itu telah diserahkan kepada pihak berwajib untuk menguruskannya.
"Syukur tadi setelah lebih 15 tahun keluarga ini buat kali pertama dapat pindah dari pondok usang dan menyedihkan. Saya dapat beri hadiah kasih sayang saya buat keluarga ini. Dapat beri mereka rumah baru selesa takyah bayar. Saya insyaAllah bayar selagi hayat.
"Belikan peti ais, mesin basuh, rice cooker, cerek, dapur gas, kipas, tilam, baju raya, bantal, semualah peralatan rumah. Hanya setitik usaha saya ini dibandingkan usaha mereka sepanjang tahun dan seluruh negeri kedah. 15 tahun kasihan keluarga ini. Selepas ini saya serahkan pada pihak berwajib.
"Saya merayu jangan hina keluarga ini. Ujian mereka. Ujian kita. Kita sebuah keluarga Mereka pakcik tua makcik tua macam mak ayah kita. Anak mereka macam adik beradik dan anak kita. Kasihanilah mereka 15 tahun hidup begitu. Bantula mereka. Sayangi mereka.
"Terima kasih dengan bantuan kejiranan baru yang baik tadi. Mereka beramai bawa mesin rumput. Bawa katil. Kami bincang aturkan anak sekolah. Aturkan rawatan kesihatan Pak Ak dan isteri yang perlu rawatan mingguan. Ada guru mengaji. Kelas di surau selepas PKP.
"Terima kasih penduduk taman dan jiran baru yang sangat positif dan membantu. Terima kasih yer. Tanpa tuan puan saya tak mampu buat apa-apa pun. Tadi dapat bantu anak-anak ini sama-sama gotong royong. Best didik macam keluarga sendiri," tulisnya lagi.
Terdahulu, Ebit sanggup turun ke Alor Setar, Kedah walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menghulurkan pertolongan kepada keluarga seorang lelaki uzur yang menghidap penyakit stroke.
BACA: Tinggal Di Rumah Yang Berbau & Kotor, Ebit Lew Nangis Tengok Kehidupan Pakcik Stroke Bersama Belasan Anak
Walau bagaimanapun perkongsian itu telah menimbulkan kecaman dan rasa kurang senang daripada beberapa pihak.
Ebit dengan rasa rendah diri tampil memohon maaf kepada semua dan tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa.
BACA: “Saya Minta Maaf, Saya Tak Berniat Sakitkan Hati Sesiapa Pun” – Ebit Lew
#Ebit Lew #Kedah #Pak Ishak
;