“Saya Pun Tak Kisah Kalau Bermadu Pun Apa Salahnya,” - Noniswara Jawab Isu Gelaran ‘Datin Seri’
Isu gelaran pelakon ‘Datin Seri’ Noniswara kembali menjadi pertikaian dalam kalangan netizen selepas suaminya iaitu Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada 1 Oktober lalu.
Enggan menjelaskan lebih lanjut perkara itu, Noniswara bagaimanapun berkata gelaran itu tidak penting asalkan dia dapat menjalani kehidupan bahagia bersama arwah suaminya.
“Saya tak boleh jawab soalan ini, hanya Allah saja yang tahu, saya tahu… orang nak kata apa, apa la. Saya tahu di mana tempat saya berdiri. Bukan saya nak title, tak apa kalau orang panggil saya Nonis, bukan penting.
“Yang penting saya bahagia bersama dia. Saya bukan nak hadap Datin ke Datin Seri. Tak apa, saya pergi mana-mana, saya bawa nama dia. Jadi orang panggil saya Datin Seri. Itu yang suami saya nak,” katanya.
Noniswara ketika ditemu bual bersama program hiburan baru-baru ini turut memberi penjelasan mengenai isu dia sebenarnya isteri kedua arwah suaminya.
“Saya pun tak kisah kalau bermadu pun apa salahnya. Orang kata madu itu manis. Saya terima kalau dari awal suami saya berterus terang dengan saya.
“Tapi dia tak berterus-terang dengan saya, bukan saya tak nak ambil tahu, saya ini jenis orang yang lurus bendul. Sekarang ini bila benda dah jadi macam ini, saya terima.
“Dia madu saya pun, tak pa bagi saya. Sebab arwah dah tak ada. Kami nak hidup aman damai. Kalau dia pun claim masih isteri, betul… saya pun akui,” ujarnya lagi.
BACA SINI: "Saya Datin Seri, Saya Tak Bermadu" - Noniswara
BACA SINI: Bapa Mentua MK K-Clique Meninggal Dunia
Dalam pada itu, Noniswara memberitahu dia hanya mengenali madunya iaitu Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain ketika arwah suami mereka sakit dan dirawat di sebuah pusat perubatan.
“She is nice lady, saya mengenali dia pun masa arwah sakit, dia datang… masa hari kelapan, kesembilan. Dia duduk di Kuantan bersama anak-anak. Bila arwah sakit, dah duduk kat KL la.
“Saya menghormati dia, dia orang yang baik. Masa kat hospital, kami baik saja bersalam-salaman. Walaupun dia anak tiri, darah daging suami saya, orang yang kita sayang… kenapa kita nak benci?
“Diorang tetap anak saya, saya terima itu amanah suami saya. Walaupun diorang ada ibu, tak salah kan ada ibu kedua kan,” katanya.
Terdahulu, Isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar menegaskan ibu bapanya tidak pernah bercerai seperti yang didakwa serta meminta mereka diluar sana berdiam diri jika tidak tahu perkara sebenar.