Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Ragu Untuk Bekerja Dengan Rakan Lakon Lelaki Saya Sekarang" - Nadiya Nisaa

Amri Hassan 25/10/2021 | 06:55 MYT
Pelakon Nadiya Nisaa mengakui masih terdapat segelintir penggiat seni tempatan yang tidak mempedulikan soal adab dan etika dalam bekerja.
Jelas Nadiya, disebabkan sikap sambil lewa itu, ramai yang tidak bertanggungjawab terhadap peranan masing-masing dalam menghasilkan sesebuah karya atau penerbitan produksi.
"Saya akan sentiasa menyokong segala usaha kepada perubahan bagi mewujudkan perkembangan dan cara kerja yang positif dalam industri.
"Berikutan kes baru-baru ini, telah membuka mata kita bahawa masih ada yang buta akan soal adab dan etika bekerja.
"Ini membuatkan kita tidak bertanggung jawab terhadap peranan masing-masing dalam penghasilan satu karya/ produksi.
"Saya ragu untuk bekerja dengan rakan lakon lelaki saya sekarang. Justeru itu, CoC harus diadakan segera supaya saya boleh berbincang dan usulkan pada pihak produksi yang sedang saya jalankan pengambaran sekarang," ujarnya.
Justeru, sebanyak 29 syarikat, anggota gabungan serta 50 penggiat filem, TV dan penerbitan mengadakan inisiatif untuk berikrar menyokong satu Tatakelakuan bagi misi menjaga integriti industri hiburan tempatan.
Kerjasama Gabungan Pelakon Berintergriti Malaysia (Iman) dan Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) berikrar menyokong inisiatif itu yang meliputi hal-hal diskriminasi, gangguan dan buli dalam industri hiburan.
Ujar Bront pula, gerakan ikrat Tatakelakuan itu merupakan inisiatif terbaik untuk memastikan industri hiburan lebih beretika dan selamat.
"Rasa marah dan kecewa semua sudah sedia maklum dan terpampang di media sosial. Apa yang lebih penting, kita gunakan isu ini untuk memperbaiki industri ini buat masa akan datang.
"Piagam yang diadaptasi daripada 'Code of Conducts & Standard Practice' ditetapkan Five Arts Centre ini menjadi titik permulaan dalam usaha menjadikan industri hiburan kita lebih selamat dan beretika.
"Kami berharap agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan persatuan-persatuan lain dalam industri memberi sokongan serta bersama kami menjayakan usaha ini," katanya.
Selain Bront, artis lain yang terbabit ialah Nam Ron, Datin Lisa Surihani, Jehan Miskin, Sofia Jane dan ramai lagi.
Mereka berikrar menggalakkan tindakan dan kelakuan khusus dalam setiap urusan profesional dan syarikat.
Ia ke arah memastikan pekerja profesional industri hiburan menunjukkan integriti, sikap saling menghormati dan tingkah laku yang sopan.
Tatakelakuan berkenaan haruslah didukung dan dilaksanakan selaras dengan pembangunan dan penambahbaikan industri filem, TV dan penerbitan di Malaysia.
Mereka juga mengesyorkan agar tatakelakuan itu diguna pakai dalam setiap urusan profesional oleh seluruh pihak berkepentingan dalam industri hiburan.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Viral #Kontroversi #Lisa Surihani #Nadiya Nisaa #Bront Palarae #Nam Ron #Tatakelakuan
;