Berita

"Saya Rasa Arwah Dah Beri Hint Pada Semua..." - Zarina Zainuddin Kenang Pemergian Adamdidam

Asraf Aided
23/05/2019
07:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Rasa Arwah Dah Beri Hint Pada Semua..." - Zarina Zainuddin Kenang Pemergian Adamdidam
Pelakon Zarina Zainuddin mengenang pemergian chef selebriti, Adamdidam atau nama sebenarnya Adam Mohamed Ismail yang dijemput Ilahi Ahad lalu.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Di entri tersebut, Zarina memuat naik semula (repost) entri yang pernah dikongsi chef selebriti itu berserta kapsyen yang menyentuh hati.
Zarina berpendapat Adam seakan telah memberi 'hint' yang dia akan pergi meninggalkan orang yang tersayang.
"Bila saya terbaca ni (kapsyen Adam), saya rasa arwah dah bagi hint pada semua yang dia sayang termasuk Fatimah yang dia akan pergi.
"Macam manalah anak kecil ini berpisah dengan bapa saudaranya, tentu sukar untuk si kecil ini lalui semuanya.
"Ya Allah berikan ketabahan pada Fatimah dan Ali juga semua ahli keluarganya di saat kehilangan insan tersayang," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sayu dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Adam.
Adam meninggal dunia dipercayai akibat mengalami jangkitan paru-paru.
Berita pemergiannya itu telah diumumkan oleh sepupunya, Natasha Aman menerusi laman Instagram Ahad lalu.
#Repost @adamdidam (@get_repost) ・・・ Fatimah. My first niece in my life. When I first met you, way back 4 years ago... Something sparks my heart. I’m all over the moon. You become the coolness of my eyes & the warmth of my heart. Fatimah, please remember, you may be growing up so fast, but in my eyes... You will always be that little girl who wants to cuddle all the time, who sleeps with me everynight, who patiently waiting when I brush my teeth every morning, always gets excited whenever I’m back in the UK, we cooked, we danced, we laughed, we played together... Mamajee can’t even stop typing, it will goes on & on forever. Mamajee would do anything just to keep you happy, remember that. You will always have me. Happy birthday to you my forever-little-niece ❤️ Al fatihah ???? Bila saya terbaca ini.. saya rasa aruah dah bagi hint pada semua yang dia sayang termasuk Fatimah yang dia akan pergi .. macamana lah anak kecik ni berpisah dengan ayah sedaranya.. tentu sukar untuk sikecil ini lalui semuanya... Ya Allah berikan ketabahan pada Fatimah dan Ali juga semua ahli keluarganya disaat kehilangan insan tersayang ?
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar