Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Saya Sedia Berdamai” - Neelofa Mahu Tamatkan Konflik 13 Tahun Dengan Fazura

Mya Amri 09/11/2023 | 09:54 MYT
Pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa sedia berdamai dengan Fazura kerana sudah penat melalui konflik hubungan dingin yang difahamkan berlaku kira-kira 13 tahun.
Menurut Neelofa, perkara ini perlu dihentikan kerana masing-masing sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

BERITA TRENDING: “Petik Nama Saya Pergi Clubbing Itu Tuduhan Berat’ - Fazura Terkejut Tiba-Tiba ‘Nama Naik’ Didakwa Pergi Kelab

"Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.
"Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.
"Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan," jelasnya.
Neelofa ditemui di majlis pelancaran air minuman Moma x Neelofa pada Khamis.
Neelofa juga tidak menolak untuk bertemu dengan Fazura sekiranya mempunyai peluang.
"Dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat perniagaan dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi , saya pun dah tak larat nak lalui.
"Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami
"I would love to meet her", katanya.
Kemelut kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.
Baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa didakwa menyindir Fazura dengan mendakwanya membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia.
#Neelofa #Fazura
;