Hiburan
"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Rawatan tersebut kata Ella, telah membantunya mengekalkan keseimbangan emosi dan tenaga serta menjadikan dirinya tampak muda melebihi usia sebenar.
“Kesejahteraan hormon adalah sangat penting untuk kita, terutama bagi kaum wanita. Saya sendiri merasai perbezaannya selepas menjalani rawatan di Skyhill Clinic dan berharap lebih ramai wanita akan tampil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan hormon seperti saya,” ujar Ella dalam majlis khas di Skyhill Clinic, Denai Alam.
Tidak mustahillah Skyhill Clinic kini mencipta sejarah dengan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai klinik yang paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di negara ini.
Sementara itu, kata Dr. Linda Mat Hassin, doktor yang memimpin klinik tersebut, komitmen Skyhill Clinic dalam memperkasakan kesihatan wanita melalui pendekatan holistik terhadap penjagaan hormon.
Beliau menyatakan bahawa pengiktirafan ini bukan sekadar berdasarkan jumlah pemeriksaan yang dilakukan, tetapi juga sebagai penghargaan terhadap perjuangan klinik dalam memberikan rawatan yang berkualiti.
“Penjagaan hormon yang betul adalah kunci kepada kesihatan wanita yang lebih baik,” tambah Dr. Linda.