Berita

"Saya Sengaja Naikkan Berat Badan Sehingga Cecah 100 Kilogram Supaya..." - Enot

Asraf Aided
25/04/2019
12:56 MYT
Sponsor Banner
"Saya Sengaja Naikkan Berat Badan Sehingga Cecah 100 Kilogram Supaya..." - Enot
Pelakon Enot menambah berat badannya dengan sengaja sehingga mencecah 100 kilogram baru-baru ini.
Menerusi laporan H Live, Enot menjelaskan dia berbuat demikian bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap gambarnya yang masih digunakan oleh sebuah jenama produk kesihatan meskipun kontrak bersama mereka sudah tamat.
"Gambar saya masih digunakan oleh syarikat tersebut walaupun kontrak saya bersama mereka sudah tamat.
"Tidak lama selepas itu, saya sengaja menaikkan berat badan sehingga mencecah 100 kilogram supaya orang ramai lihat kebenarannya.
"Walau bagaimanapun, sekarang saya telah menurunkan kembali berat badan saya untuk tujuan pelancaran produk tidak lama lagi," ujarnya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar