Laman Utama

“Saya Seolah-Olah Dapat Jawapan Daripada Allah”- Faizal Ismail Dedah Terima Hidayah, Kini Sertai Tabligh

Syafiqah Jalal
03/06/2021
11:34 MYT
Sponsor Banner
“Saya Seolah-Olah Dapat Jawapan Daripada Allah”- Faizal Ismail Dedah Terima Hidayah, Kini Sertai Tabligh
Bekas penyampai radio, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI mendedahkan sebelum ini dia pernah mengalami kemurungan dan gangguan tidur yang agak lama.
Bingung dengan apa yang berlaku, Faizal cuba mencari jawapan dan penyelesaian sehingga bertemu dengan seorang ustaz.
“Pada mulanya saya mendapat gangguan tidur yang agak lama. Saya jadi resah gelisah dan boleh dikatakan kemurungan.
“Saya tak percaya saya berada dalam keadaan depression sedangkan saya rasa saya seorang yang ceria.
“Untuk mencari solusi ini, saya cuba rujuk pada seorang ustaz dan dia beritahu ia salah satu ujian dariNya kerana Dia hendak beri saya sesuatu.
“Selepas berguru dengan ustaz tersebut akhirnya saya bertemu jawapan dan kemudian saya membuat keputusan untuk menyertai tabligh,” ceritanya.
Faizal berkongsi kisahnya itu menerusi segmen Kisah Inspirasi oleh Zayan bersama penyampai radio Mawi dan Anas.
Sesal dengan kehidupan yang lalu, Faizal bersyukur kerana mendapat jawapan dari Allah selepas menyertai tabligh.
“Dalam masa 3 hari tu, saya seolah-olah dapat jawapan daripada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kedudukan saya sebagai hambaNya.
“Saya rasa saya dah jauh daripada Dia, jauh sangat-sangat dan keduniaan yang saya kejar terlampau sangat. Saya telah tinggalkan semua yang patut saya buat sebagai Hamba Allah SWT” luahnya.
Banyak lagi yang dikongsi Faizal bersama Zayan, saksikan temu bual penuh mereka di bawah:
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024