Berita
"Saya Suka Berbuka Di Masjid Kerana..." - Awi Rafael
Penyanyi Awi Rafael sering meluangkan masa untuk berbuka puasa di masjid ketika bulan Ramadan.
Menurut Awi, berbuka puasa di masjid mampu membuatkan dirinya berasa tenang dan lebih menghargai nikmat yang telah diberikan sebelum ini.
"Sepanjang minggu pertama bulan Ramadan kali ini, saya banyak meluangkan masa untuk berbuka puasa di masjid.
"Saya suka berbuka di masjid kerana ia membuatkan saya rasa lebih tenang dan lebih bersyukur untuk menghargai nikmat yang telah diberikan selama ini.
"Selain itu, saya juga dapat beramah mesra dengan masyarakat, suasananya sangat harmoni," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Awi bakal berkolaborasi bersama pelakon Aiman Hakim Ridza untuk membuka sebuah studio muzik yang boleh dinikmati oleh pesakit Autism di negara ini.
Sedikit info mengenai Awi, penyanyi kelahiran Singapura ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2011 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.