Terkini

“Saya Suka Mee Goreng Mamak, Teh Ais” - Elliot James Reay Gemar Makanan Malaysia & Terpukau Dengan Reka Bentuk Unik Pusat Beli-Belah

Ainun
18/01/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Suka Mee Goreng Mamak, Teh Ais” - Elliot James Reay Gemar Makanan Malaysia & Terpukau Dengan Reka Bentuk Unik Pusat Beli-Belah
Penyanyi antarabangsa, Elliot James Reay meluahkan rasa gembira kerana dapat kembali semula ke Malaysia selepas setahun.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu I Think They Call This Love, salah satu perkara yang paling disukai tentang Malaysia ialah pusat beli-belah.
Tambahnya, pusat beli belah di Malaysia mempunyai reka bentuk unik yang boleh menarik perhatian untuk dia memasukinya.
“Perkara yang saya suka tentang Malaysia adalah pusat beli belah di sini.
“Apa yang saya boleh katakan adalah shopping mall di sini menarik sebab reka bentuk pusat beli belah ini sangat unik”, katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, James turut berkongsi perasaan kagumnya apabila melihat pusat beli belah di Malaysia.
“Bila saya berada di luar shopping mall, saya terpegun dan bila saya masuk dalam mall saya rasa sangat cantik dan besar”, kongsinya.
Selain itu, penyanyi yang berasal dari Manchaster, England juga menyatakan dia gemar memesan Mee Goreng Mamak dan Teh Ais setiap kali berada di Malaysia.
“Makanan kegemaran saya ketika berada di Malaysia adalah Mee Goreng Mamak tidak pedas sebab saya tidak gemar makanan pedas dan minuman kegemaran saya adalah Teh Ais”, ujarnya.

BERITA TRENDING: Farhatul Fairuzah & Ilham Amri Tak Sangka Berjodoh Awal, Kenal Terus Kahwin Tanpa Bercinta – “Semua Bermula Selepas…”

BERITA TRENDING: Menyanyi Lagu Wanita Terakhir, Fattah Amin 'Request' Irfan Haris Duet Dengan Amira Othman - "Nak Versi Dengan Kak Ya Boleh?

BERITA TRENDING: Tidak Hadir Kerja Dua Hari Punca Pekerja Ditumbuk & Ditendang Majikan

BERITA TRENDING: Saif Ali Khan Kini Stabil, Serpihan Pisau Sepanjang 6.3cm Berjaya Dikeluarkan Daripada Tulang Belakang

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024