Laman Utama
“Saya Sukakan Kek & Manisan”- Berat Cecah 88kg Lepas Berpantang, Ini Cara Nina Iskandar Turunkan 5kg Dalam Masa 16 Hari
Pelakon Nina Iskandar mendedahkan beratnya naik mendadak sehingga 20 kilogram (kg) selepas tempoh berpantang ketika melahirkan anak pertamanya, Aaryan Ar-Rizqin, 1.
Menurut Nina tabiatnya yang suka makan kek dan segala pemanis mulut serta tidak gemar bersukan telah menyukarkannya untuk menurunkan berat badan.
“Sejak pandemik ini iaitu selepas berpantang, berat saya telah naik sehingga 20kg kerana saya tidak boleh menafikan minat saya terhadap kek dan desserts, tambahan pula saya seorang yang malas untuk bersukan. Boleh anda bayangkan berapa banyak kilogram saya naik,” katanya.
Nina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama anaknya.
Kata Nina berat badannya itu menggangu selepas dia menghadapi cabaran untuk menjaga anak lelakinya yang semakin aktif bergerak.
“Masa anak saya kecil, ia tidak menjadi masalah. Tapi bila dia semakin membesar dan jadi semakin aktif, saya hadpi cabaran untuk menguruskannya.
“Ia menyedihkan apabila saya tidak dapat melayan serta bermain dengannya. Jadi sebab itu saya buat keputusan untuk berubah,” luahnya lagi.
Menyedari hal itu, Nina memberitahu dia telah mula mengamalkan keto diet untuk menurunkan berat badannya dan akui berjaya turun sehingga 5kg.
“Baru-baru ini saya telah mula lakukan keto diet dan alhamdulilah saya hilang 5kg dalam masa 16 hari.
“Tipulah kalau saya kata saya tak rindu nak makan pemanis mulut, nasi dan semua makan ‘real food’ tapi sentiasa ingatkan kepada diri sendiri yang ia telah mengambil sepenuhnya pengorbanan dan usaha untuk hanya turun 5kg, padahal naik kan berat badan punya lah mudah.
“Kepada wanita di luar sana yang menghadapi situasi yang sama dengan saya, jangan jadi demotivated atau kurang keyakinan diri dengan rupa anda.
“Akan ada sinar di hujung terowong. Akan ada harapan, impian baru dan peluang baru untuk teruskan dengan pembaharuan. Piliha siapa yang anda mahu jadi dan mulakan dari sekarang,” ujarnya.
Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April 2019.
Pasangan tersebut menimang cahaya mata pada 23 Disember 2019.