Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Saya Tak Ada Niat Nak Tayang Badan Selepas..." - Ebi Kornelis

Zulaikha Yusof 12/11/2019 | 03:20 MYT
Naib juara Akademi Fantasia musim kelima AF5, Ebi Kornelis menegaskan dia tidak berniat menurunkan berat badan semata untuk menayang bentuk tubuh dalam filem lakonannya, Misi Operasi X (M.O.X).
Jelas Ebi, babak yang menampakkan susuk badannya hanyalah arahan daripada seorang pengarah.
"Tidak... Saya tidak mempunyai niat untuk tayang badan selepas menurunkan berat badan sebanyak 14 kilogram (kg).
"Sebagai seorang pelakon saya hanya mengikut arahan daripada pengarah. Saya hormat naskhah yang diberikan.
"Saya mengambil masa selama dua bulan untuk mendapatkan berat badan 73kg.
"Sebelum ini saya memang asal daripada seorang atlet jadi sudah ada asas yang boleh dijadikan panduan untuk ikuti," katanya kepada Gempak.
Ebi ditemui di majlis tayangan perdana filem Misi Operasi X di e@Curve, Damansara malam tadi.
Dalam pada itu, Ebi bersikap terbuka jika terdapat segelintir netizen yang tidak suka dengan aksi tayang badannya.
"Saya tidak kisah jika selepas ini menerima kecaman daripada netizen.
"Walau apapun, jika ingin memiliki bentuk badan tegap dan sasa, jangan guna steroid... Itu yang penting," katanya lagi.
Selain Ebi, filem M.O.X juga turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Tya Arifin, Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz dan ramai lagi.
Filem arahan Datuk Zulkiflie M. Osman ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 21 November 2019.
#Ebi Kornelis #Misi Operasi X
;