Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Saya Tak Ada Runner Atau Reseller Untuk Air Balang” - Syahmi Jawab Dakwaan Tak Jaga Kualiti Air & Cas Penghantaran Mahal

Mya Amri 17/08/2022 | 07:30 MYT

Pengarah, pelakon dan bintang YouTube popular, Syahmi Sazli tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kurang baik terhadap perniagaan air balang miliknya.

Dakwaan pertama adalah mengenai kos penghantaran air balang yang dikatakan mahal dan tidak masuk akal.

Lantas Syahmi menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya menyatakan tidak pernah mempunyai sebarang runner atau reseller untuk perniagaannya.

“Pertama sekali, nak jelaskan yang Mi tak ada buka runner atau reseller untuk air balang ni. Jadi, Mi tak bertanggungjawab dari segi harga dan rasa sekiranya beli dari runner.

“Mi utamakan untuk customer walk in dengan harga RM5 sebotol. Air ni kena minum fresh. Kalau nak simpan, kena dalam freezer, tak boleh dalam peti,” tegasnya.

Tidak terhenti di situ, Syahmi juga turut menjelaskan mengenai dakwaan kedua yang mangatakan kualiti air balangnya juga tidak dijaga.

Jelas Syahmi, sebelum air balangnya dijual dia akan memastikan kualitinya dijamin di mana para pekerjanya akan membuat ujian rasa terhadap air itu terlebih dahulu.

“Jadi ada kemungkinan reseller tidak jual dengan segera, diorang kumpul order dulu dan boleh jadi dua, tiga hari baru jual.

“Bila dua, tiga hari air itu tidak disimpan dalam freezer, ia sudah tidak sama dengan rasa asal.

“Yang mana cakap kami dah tak jaga kualiti bila dah viral, itu salah. Setiap kali sebelum nak start jual, Mi suruh pekerja test dulu rasa adakah masih sama. Terima kasih,” jelasnya.

Terdahulu, tular di platform TikTok mengenai seorang pelanggan membeli dan membuat review terhadap beberapa jenis air balang dijual Syahmi sehingga menarik perhatian ramai.

Wanita itu berkongsi pendapat peribadinya mengenai rasa setiap perisa minuman tersebut.

Wanita itu juga turut menyatakan dia terpaksa membayar caj penghantaran sebanyak RM15 kepada runner berbanding harga untuk satu botol air tersebut adalah RM5.

#Viral #Tular #TikTok #Perniagaan #Syahmi Sazli #Air Balang
;