Laman Utama

"Saya Tak Hina, Saya Beri Kesedaran" - Ryzal Durian Kimchi Tak Nak Mohon Maaf

Gempak
14/05/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Hina, Saya Beri Kesedaran" - Ryzal Durian Kimchi Tak Nak Mohon Maaf
Pempengaruh, Ryzal Ibrahim atau turut dikenali sebagai Ryzal Durian Kimchi enggan memohon maaf susulan beberapa kandungan video yang dimuatnaik di media sosialnya sebelum ini yang didakwa netizen seolah-olah menyindir golongan B40.
Kata Ryzal, tujuan video itu dibikin untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat.
"Sebelum ini, saya pernah tekankan bahawa saya tak perlu mohon maaf sebab saya tak rasa saya bersalah. Saya bukan hina mereka, saya memberi kesedaran.
"Ia memang berlaku dalam kehidupan kita dan bukanlah satu penghinaan. Niat saya adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai," katanya kepada media.
Ryzal bagaimanapun tidak menolak sekiranya gurauannya itu terlalu 'deep' dan gagal difahami segelintir orang.
"Mungkin lawak saya terlalu 'dalam' dan mereka tak dapat fahami maksud sebenar yang saya nak sampaikan.Mungkin lepas ini, saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan di media sosial," ujarnya.
Kandungan video itu memaparkan kehidupan hariannya sebagai golongan B40. Bagaimanapun, kandungan video itu menimbulkan kontroversi apabila dia berbelanja barangan mewah umpama golongan T20.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar