Berita

“Saya Tak Mahu Mengeruhkan Keadaan”- Altimet Letak Jawatan, Gagal Selesai Isu Royalti

Syafiqah Jalal
13/12/2020
17:22 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Mahu Mengeruhkan Keadaan”- Altimet Letak Jawatan, Gagal Selesai Isu Royalti
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) terkejut dengan tindakan Ahli Lembaga Pengarah Recording Performers Malaysia (RPM), Altimet meletak jawatan, Jumaat lalu berikutan kemelut isu royalti yang membelenggu badan kutipan royalti itu.
Difahamkan, Altimet kecewa usahanya menemukan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dengan barisan tertinggi RPM bagi mencari penyelesaian isu royalti ditolak.
Freddie berkata kepada Berita Harian, dia terkejut dengan berita perletakan jawatan Altimet selepas keengganan Ahli Lembaga Pengarah RPM bertemu dengannya untuk menyelesaikan masalah.
"Karyawan memiliki ramai ahli dalam RPM yang berpengalaman dan boleh membantu dalam menyelesaikan masalah pengagihan royalti, tetapi ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah RPM lain.
"Dengan pegunduran Altimet, kini hanya tinggal empat ahli lembaga iaitu satu jumlah yang begitu kecil dan terdiri daripada mereka yang tidak berpengetahuan luas mengenai pengagihan royalti," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan.
RPM diterajui Pengerusinya, Datuk Sheila Majid dan empat Ahli Lembaga Pengarah RPM iaitu Altimet, Jaclyn Victor, Ana Raffali dan Aniu.
Sementara itu, Altimet berkata, dia sudah menyatakan hasrat meletak jawaran kepada Sheila dan tiga Ahli Lembaga Pengarah RPM.
"Masa untuk saya menjadi Ahli Lembaga Pengarah RPM sudah tamat. Tiada apa lagi yang mampu disumbangkan secara produktif dalam RPM.
"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, lebih baik saya digantikan dengan orang yang boleh memberikan manfaat," katanya.
Sumber: Berita Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar