Hiburan
"Saya Tak Mahu Terikat Dengan Satu Genre Sahaja" - Sarah Suhairi
Juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi tidak mahu terikat dengan satu genre dalam nyanyian, sebaliknya mahu bereksperimen dengan mencuba pelbagai jenis lagu selepas ini.
Menerusi laporan HLive, Sarah memberitahu dia kini dalam proses menyiapkan single terbarunya.
"Insya-Allah, sekarang saya sedang berusaha menyiapkan single terbaru, doa-doakan agar semuanya dipermudahkan.
"Untuk lagu-lagu akan datang, saya tak mahu terikat dengan satu genre sahaja, saya masih mencari genre yang sesuai dan akan lebih bereksperimen selepas ini
"Sebelum ini saya sudah cuba genre balada dan rancak, jadi saya mahu hasilkan lagu yang berbeza pula untuk para peminat," jelasnya.
Ditanya mengenai penghasilan lagu berbahasa Korea, Sarah mengatakan dia masih tidak faham dengan kehendak pasaran di negara ini.
"Untuk menghasilkan lagu Korea, saya masih tidak faham dengan kehendak pasaran di Malaysia," jawabnya ringkas.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).