Viral
"Saya Tak Membazir Beli Stroller & Baju Mahal" - Sharnaaz Respons Netizen Triggered Beli Susu Formula Mahal Untuk Anak
Pelakon Sharnaaz Ahmad menjelaskan dia sanggup melakukan apa sahaja yang terbaik buat anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad.
Katanya, dia sanggup untuk mengurangkan perbelanjaan dirinya demi memastikan anaknya mendapat makanan dan membesar dengan baik.
"Saya tak membazir beli stroller atau baju mahal.
"Tapi makanan dan tumbesaran anak saya, saya sanggup beli yang paling mahal dan terbaik.
"Walaupun saya kena kurangkan belanja lebih," kata Sharnaaz.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sharnaaz menjawab reaksi netizen yang mempertikaikan pemilihan susu formula yang mahal untuk anaknya.
Pelakon drama bersiri Cinta Bukan Kristal itu pernah meluahkan rasa kesal apabila isu susu formula anaknya menjadi buah mulut netizen.
"Pasal susu pun nak gaduh ka? Malaysia... Malaysia... Kena ada topik yang hangat untuk dihentam ka setiap hari baru sempurna hidup?" tulisnya di Twitter.