Berita

"Saya Tak Pernah Letak Rokok Di Mulut" - Risteena Munim

Elrafaei Sapi
02/04/2018
08:41 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Pernah Letak Rokok Di Mulut" - Risteena Munim
Pelakon jelita Risteena Munim mengakui ia adalah pengalaman pertama kali buatnya melakonkan karakter seorang remaja bermasalah yang merokok.
Dia menjiwai karakter tersebut ketika membintangi filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib.
"Ia berbeza dengan watak remaja lain yang pernah saya bawa sebelum ini," katanya kepada Astro Gempak.
Risteena ditemui selepas sesi tayangan perdana filem Qhaliq di Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.
Secara peribadi, dia gembira terhadap penerbitan filem ini yang membawa kisah anggota bomba ke layar perak.
"Ini satu-satu filem yang menunjukkan pengorbanan anggota bomba yang kadang-kadang kita sebagai anggota masyarakat tidak menghargai atau tidak nampak erti pengorbanan mereka.
"Kejadian seperti ular masuk rumah kita panggil bomba, apa-apapun yang berlaku juga kita panggil bomba.
“Jadi, pengorbanan mereka cukup besar pada masyarakat dan ini adalah penghargaan buat mereka," katanya.
Risteena percaya penonton tidak kisah cerita itu membawa tema yang berat kerana memahami setiap cerita ada keunikkan dan kelebihan masing-masing.
"Filem ini juga meskipun mengisahkan pengorbanan anggota bomba tapi ia turut menyelitkan kisah cinta dan komedi.
"Saya harap penonton boleh nampak 'variety' dalam story ini dan semua boleh enjoy," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @nur_risteena & Astro Gempak
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar