Hiburan

“Saya Tak Sangka Masih Ada Fikir Sebegitu” - Marsha Milan Kecewa Dituduh Lupa Diri Tidak Bertutur Dialek Sabah

Ainun
28/12/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Sangka Masih Ada Fikir Sebegitu” - Marsha Milan Kecewa Dituduh Lupa Diri Tidak Bertutur Dialek Sabah
Penyanyi, Marsha Milan meluahkan perasaan kecewa apabila dirinya dalam usaha mempertahankan identiti budaya asalnya, namun tetap menerima kritikan bahawa dia telah lupa asal usulnya.

Marsha Dituduh Lupa Diri

Menurut Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, 39, dia tidak menyangka netizen mempersoalkan yang dikatakan tidak lagi menyerupai dialek orang Sabah.

“Pada awalnya, saya akui, saya sedikit kecewa. Saya cuba mempertahankan identiti komuniti Sabah dengan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Sabah serta menghasilkan karya yang berunsurkan budaya Sabah.

“Namun, ada juga yang tetap mengatakan saya lupa diri. Itu adalah perasaan saya pada ketika itu, dan saya tidak akan menafikan bahawa ia sedikit mengganggu saya,” katanya kepada Gempak.

Sudah lama menetap di Semananjung Malaysia

Jelas penyanyi yang terkenal dengan lagu Hening Rindu, Marsha menegaskan dia tidak bermaksud untuk mengatakan masih ada lagi orang luar yang mempunyai cara pemikiran sedemikian.
Bagi Marsha, dia memahami situasi tersebut kerana dia mengakui sudah terlalu lama tinggal di Semenanjung Malaysia menyebabkan cara percakapannya turut terpengaruh dan berubah mengikut persekitaran.
“Saya tidak mengatakan semua komuniti di Sabah berfikiran seperti itu, tetapi saya memahami jika kadangkala berlaku salah faham.
“Bila terlalu lama berada di Semenanjung, kita secara tidak sedar menggunakan dialek Kuala Lumpur di Sabah, dan sebaliknya apabila di Kuala Lumpur, kita menggunakan dialek Sabah.

“Perkara ini mungkin mengejutkan sesetengah pihak kerana mereka melihat perubahan itu sebagai sesuatu yang ketara, hasil daripada terlalu lama berada di negeri orang.

“Bagi saya, apabila saya bertutur menggunakan dialek biasa, mungkin ada orang Sabah yang menganggap saya lupa diri. Hal-hal kecil seperti inilah yang kadangkala menjadi isu,” jelasnya.

Tidak diperbesarkan isu tidak bertutur dalam Bahasa Sabah

Dalam masa yang sama, Marsha berharap isu mengenai dirinya yang kurang bertutur dalam dialek Sabah tidak diperbesarkan oleh orang ramai serta mengakui kelemahannya yang jarang menggunakan dialek tersebut ketika berada di Semenanjung.

“Saya juga memahami pandangan bahawa saya mungkin kurang menggunakan bahasa Sabah ketika berkomunikasi dengan orang-orang di Semenanjung.

“Namun, bagi saya, perkara ini adalah sesuatu yang biasa dan tidak perlu diperbesarkan. Saya berharap agar semua orang dapat mengelakkan pemikiran negatif dan melihatnya sebagai satu proses pembelajaran,” luahnya.

BERITA TRENDING: Filem Dicetak Rompak & Dimuatnaik Di TikTok, Penerbit Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

BERITA TRENDING: “Saya Mahu Tenangkan Diri” - Fazziq Muqris Kongsi Impian Melancong Ke Dua Benua Pada 2025

BERITA TRENDING: "Tengok Kuku & Rambut Dah Tahu Sangat Hensem" - Nabila Razali Kongsi Foto Selepas Bersalin, Ceria Diulit Bahagia!

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2024: Panas! Kes Khalwat, Gaduh, Songlap Duit, Lelong Harta & Penyondol Goncang Industri Hiburan Tahun Ini!

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024