Hiburan
“Saya Tak Sedih Pun, Saya Pura-Pura Sedih Saja” – Datin Sri Shahida
Kisah ibu kandung Qayyum yang mahu mengambil balik anaknya yang sebelum ini diserahkan kepada Shahida D’herbs atau nama sebenarnya Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid masih lagi jadi bualan hangat.
Walaupun Shahida menulis dia tidak rasa sedih, tetapi semua orang tahu betapa hancurnya hati beliau.
“Saya tak sedih pun, saya pura-pura sedih aja!
“Nak tahu kenapa saya tak bagi kutuk Mak Qayyum lebih-lebih? Sebab kalau saya ada di tempat dia, maybe saya akan buat yang sama. Zaman laman sosial ni, macam-macam benda boleh jadi,” tulis Shahida di satu entri di Instagramnya.
Shahida turut meluahkan rasa terkilan dengan komen-komen segelintir netizen yang sering membandingkan layanan terhadap Qayyum dengan Yusoff yang merupakan anak kandungnya.
Saya x sedih pun saya pura2 sedih aja!!! . Nak tahu kenapa saya x bagi kutuk2 mak qayyum lebih2?? . Sebab kalau saya ada di tempat dia maybe saya akan buat yg sama....zaman laman sosial ni........mcm2 benda boleh jadi...... . Netizen yg start compare Qayyum Ameena dan Yusoff,dari start saya mengandung dah mcm2 komen keluar,dah mengandung nanti pilih kasih,lepas tu dah beranak komen pula kenapa yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak qayyum n ameena bg beranak kat hospital lain,dah lahir compare pula majlis cukur jambul,lepas tu compare pula apa yg hadiah yusoff dapat dgn yg ameena qayyum dapat,compare strollers,baju,kasut,bercuti,hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari2 tu selagi tu la mcm2 menulis....korang ingat mak dia x baca ke,pastu komen pula kata qayyum lembab la,x sihat la,terencat la.... ameena tak,itu lah inilah.....dan inilah apa yg berlaku sekarang....Belum lagi isu tunjal kepala la....apa lagi nak jadikan isu lepas ni...kadang2 doktor yg suntik pun korang bawangkan sebab kononnya bezakan2 anak yusoff doktor lain ni doktor lain.....dah dia beranak hospital tu...situ lah dia pergi... . Jangan pandai2 nk salahkan mak dia lebih2 sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk... so x perlu nak sedih2 sangat sebab puncanya dari kita semua.... . Saya tidak marah dan berdendam...cuma supaya benda2 ni tidak berlaku pada masa lain.....yg dah jadi x boleh putar balik pun....cuma doakan yg terbaik je dah memadai...saya saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum....nak gaduh dgn netizen pun x guna nanti balik2 mereka juga yg betul dan baik....Jangan Bimbang....netizen sentiasa betul,yg salahnya saya....keluarga saya x cukup baik.......apapun don’t worry saya tidak sedih mana pun...pura2 sedih aja?.... . Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik....Mak dia pasti jaga dia lebih baik,saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni......saya boleh jer x nak bagi tapi mcm mana pun itu tetap mak dia.......jadi x nak kemudian hari saya dipersalahkan sebab pisahkan dia dari mak nya
“Jangan pandai-pandai nak salahkan mak dia lebih-lebih sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk. So tak perlu nak sedih-sedih sangat sebab puncanya dari kita semua,” tulis Shahida lagi.
“Saya tidak marah dan berdendam, Cuma supaya benda-benda ni tidak berlaku pada masa lain. Yang dah jadi tak boleh di putar balik.
“Cuma doakan yang terbaik sudah memadai. Saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum.
“Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik. Mak dia pasti jaga dia lebih baik. Saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni." tulis Shahida.