Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Takkan Bermadu" - Puteri Sarah

Izwan Isa 01/10/2022 | 01:05 MYT

Pelakon Puteri Sarah menafikan watak Bibi yang dijayakan menerusi teater Maduku Terpaling Kalut mempunyai kaitan dengan situasi rumah tangganya.

Sarah berkata, watak Bibi yang dimadukan oleh suaminya, Selamat hanyalah sekadar watak dalam naskhah teater semata-mata dan ia tidak akan menjadi realiti dalam kehidupan yang nyata.
“Watak Bibi yang saya jayakan tiada kaitan dengan situasi rumah tangga saya sekarang ini. Ia merupakan watak untuk jalan cerita bagi teater Maduku Terpaling Kalut.
“Dan ia (situasi dimadukan) tidak belum lagi dan tidak akan terjadi pada diri saya,” katanya kepada Gempak.
Sarah berkata demikian usai pementasan pertama teater berkenaan yang diadakan di PJPac, Petaling Jaya, semalam.
Menerusi pementasan berkenaan, Puteri Sarah dilihat berhaya meluahkan emosi ketika berlakon di atas pentas, sungguhpun ia merupakan pengalaman pertama bergelar pelakon teater.
“Selama ini orang selalu cakap yang saya ni cantik tapi berlakon okey okey je. Jadi memang saya nak berikan yang terbaik. Saya mahu buktikan yang saya ni boleh berlakon.
“Kalau bercakap tentang emosi pula, saya memang berikan all out semasa pementasan berlangsung. Bagaimanapun, saya hanya lakonkan watak Bibi. Kalau watak Puteri Sarah yang sebenar, dia lain.
“Kalau Puteri Sarah, dia buat apa yang dilakukan sekarang, dia guna platform yang betul dan saluran mahkamah,” katanya lagi.
“Saya nak bagi yang terbaik. Selama ini orang cakap saya cantik tapi lakonan ‘okay okay saja’. Bagi saya tak. Saya nak buktikan kepada semua yang saya boleh berlakon. Insya-Allah saya sudah buktikan.
“Kalau dari segi emosi pula, saya memang ‘all out’ dan lepas geram. Tapi itu adalah watak Bibi. Kalau Puteri Sarah sebenar lain. Puteri Sarah dia buat apa yang dia buat sekarang yang mana bertindak dengan bijak dan menggunakan platform betul dengan saluran mahkamah,” katanya.
Terdahulu, situasi rumah tangga yang dibina bersama suami yang juga pengarah Syamsul Yusof didakwa bermasalah ekoran kehadiran orang ketiga.
Selain Puteri Sarah, teater terbitan Shawn Amer itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Joe.
Teater Maduku Terpaling Kalut dipentaskan hingga 2 Oktober ini.
Kredit foto: Bangsawan Pictures
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Maduku Terpaling Kalut
;