BERITA
"Saya Takut Nak Kenal Perempuan Sebab ....." - Usop
Penyanyi kelahiran program realiti Mentor, Usop mengakui mahu memberi fokus kepada kerjaya terlebih dahulu sebelum bercinta.
Menurut Usop, sekarang merupakan masa yang sesuai untuk mencipta nama dalam industri terlebih dahulu dan membalas jasa kedua ibu bapanya.
"Saya takut nak kenal perempuan sebab bila orang dah memberi harapan pada saya, saya takut dia akan kecewakan saya kemudian hari.
"Jadi biarlah masa sekarang ini saya mahu memberi fokus terlebih dahulu pada kerjaya sebelum memilih pasangan untuk bercinta.
"Siapa yang tidak mahu bercinta? Namun sementara kerjaya saya sedang ingin berkembang jadi biarlah saya lakukan sebaik mungkin untuk mencipta nama dalam industri.
"Jodoh itu akan datang juga nanti namun saya tidak menolak jika ia sampai awal dan saya juga buat masa ini tidak mahu terburu-buru untuk bercinta," katanya kepada Gempak.
Usop berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, jangan lupa untuk mendengar single raya terbaharu daripada Usop bersama Sufi Rashid, Ara dan Masya Masyitah iaitu Sempurna Seadanya.