Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Saya Team SSP” - KJ Guna Pfizer Sebagai Dos Penggalak! Sebelum Ini Vaksin…

Hanafis Haris 29/10/2021 | 08:05 MYT

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tampil berkongsi sekeping gambar memaparkan dia mengambil dos penggalak vaksin Covid-19.

Perkara dibuat Khairy menerusi satu ciapan di Twitter, sebentar tadi.

Menurutnya, dia sebelum ini adalah penerima vaksin jenis Sinovac, namun untuk dos penggalak, dia menerima vaksin jenis Pfizer.

“Untuk yakinkan orang ramai tentang kaedah heterologi dos penggalak, saya seorang penerima Sinovac sebelum ini.

“Sebelum saya pergi ke mesyuarat WHO, saya mengambil dos penggalak Pfizer. Jadi sekarang saya #TeamSSP, semua selamat dan baik,” katanya.

Menjelaskan sedikit tentang dos penggalak berkenaan, Khairy memberitahu yang penerima vaksin Pfizer disarankan untuk mengambil dos ketiga selepas tempoh enam bulan selepas dos pertama.

“Untuk Sinovac pula, tiga bulan selepas dos kedua. Kami akan mulakan untuk frontliner dan warga tua dahulu.

“Kami juga akan umum perincian untuk penerima AstraZeneca tidak lama lagi,” katanya.

Sekadar info, mereka yang layak untuk mengambil dos penggalak akan menerima notis dalam MySejahtera atau menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kaedah heterologi itu diperaku oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan sistem imun badan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #KJ #pfizer #DosPenggalak
;