Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Terpaksa Tidur Kaki Lima..." - PU Abu Dedah Pengalaman Dijangkiti Varian Delta COVID-19

Amri Hassan 28/09/2021 | 08:15 MYT
Pendakwah selebriti PU Abu Sufyan memaklumkan dirinya kini sudah kembali sihat selepas dijangkiti varian delta wabak berbahaya COVID-19 pada Julai lalu.
Kongsi Abu, deria rasanya kini sudah kembali normal dan keadaan paru-parunya sudah baik.
"Setakat ini Alhamdulillah tiada long post COVID-19. Deria pun okey, paru-paru pun okey. Semuanya kembali normal," katanya.
Dalam pada itu, Abu turut berkongsi keadaannya ketika mula menerima rawatan di sebuah hospital berhampiran tempat tinggalnya.
"Struggle sikt nak lawan sebab saya kena varian delta. Ini gambar masa saya di hospital.
"Sementara menunggu panggilan doktor saya terpaksa tidur di kaki lima berhadapan pintu masuk kecemasan. Kebetulan saya agak lama di situ jadi stand by toto.
"Ada pak cik dan mak cik yang terpaksa tidur beralaskan kotak je macam jiran sebelah 'katil' saya ini.
"Apapun, sentiasalah jaga SOP dan sentiasa doa pada Allah supaya kita dan seluruh keluarga kita selamat dari wabak COVID-19 ini," pesannya.
#Viral #Pendakwah #PU Abu #COVID-19 #Delta #Kaki Lima
;