Hiburan
"Saya Tetap Pelakon Tambahan Kalau Menang FFM33 - Asrulfaizal
"Saya sering letakkan diri di posisi paling belakang supaya tidak begitu kecewa," itu kata tunjang utama filem Duan Nago Bogho, Asrulfaizal Kamaruzaman apabila tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang akan diadakan pada Sabtu ini.
BERITA BERKAITAN : “Mak Dengar Lagu Dah Siap, Dia Kata…” - Aina Abdul Tunai Permintaan Ibu, Fattah Amin Jadi Hero Muzik Video Lagu Baharu
BERITA BERKAITAN : Luqman Faiz Kecewa Dituduh Songsang, Minta Henti Hantar Gambar Bukan-Bukan - “ Mak Saya Lahirkan Saya Elok”
Dalam pencalonan itu, pelakon filem 'Budak Kelantan' ini juga ditempatkan sebaris dengan pelakon ternama seperti Zul Ariffin (Sheriff), Beto Kusyairy (Imaginur), Shaheizy Sam (Polis Evo 3) dan Chew Kin Wah (Rain Town).Katanya, dia tidak mahu begitu kecewa jika meletakkan harapan yang tinggi melangit.
“Dalam apa-apa pertandingan sekalipun, saya sering meletakkan diri di posisi paling belakang kerana tidak mahu dikecewakan sekiranya tidak menang.
“Begitu juga dengan pencalonan FFM33 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Kalau dilihat pelakon lain yang tercalon semuanya hebat dan ternama berbanding diri saya."Lolos untuk lima pencalonan terbaik pun saya bersyukur," katanya pada program tayangan filem dan apresiasi Duan Nago Bogho sempena Festival Filem Malaysia ke-33 di GSC Mid Valley, pada Isnin.
Dalam pada itu, Asrulfaizal berkata, jika ditakdirkan filem Duan Nago Bogho menang pada FFM33, dia percaya filem yang mengangkat seni budaya akan menjadi ikutan penerbit lain.
“Insya-Allah jika filem ini menang saya rasa ramai penerbit berani hasilkan karya yang dilihat 'biasa-biasa' ini," ringkasnya.
Duan Nago Bogho adalah gambaran sifat watak utama iaitu Duan seperti ular ‘Nago Bogho’ atau lebih dikenali sebagai ular tedung selar.Filem Duan Nago Bogho yang menemui penonton di pawagam pada 19 Januari 2023 telah berjaya mengutip kutipan RM1.3 juta.
Must-Watch Video