Laman Utama

"Saya Tiada Idola Spesifik Tapi Minat Kumpulan Rock 80an & 90an" - Auranzeb

Amri Hassan
18/06/2022
10:35 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tiada Idola Spesifik Tapi Minat Kumpulan Rock 80an & 90an" - Auranzeb
Penyanyi baharu Auranzeb mengakui muzik era 1980-an dan 1990-an menjadi kecenderungannya sejak mula menceburkan diri dalam industri seni.
Kata Auranzeb atau nama sebenarnya Muhammad Auranzeb Berembi, dia terharu apabila dapat bekerjasama dengan Awang BPR dalam lagu pertamanya berjudul Tiada Ganti Cinta Ini.
"Saya rasa seronok apabila dipertanggungjawabkan untuk menyanyi lagu ini apatah lagi kedua-dua pencipta lagu dan penulis lirik adalah pengkarya ternama.
"Saya tiada idola yang spesifik tapi amat menginspirasikan kumpulan rock terutamanya Wings, Search, May dan BPR," katanya.
Kata Awang BPR, biarpun Auranzeb baru berusia 19 tahun, penyanyi kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu punyai bakat luar biasa.
"Semasa di studio, dia tidak punyai banyak masalah dalam nyanyian. Dia artis baharu bagi saya dan saya menciptakannya sebuah lagu balada rock dan liriknya berkonsepkan ketuhanan," ujarnya.
Susunan muzik lagu itu pada asalnya dibuat oleh Allahyarham Tony Iskandar (Spider) dan diambil alih oleh Malio.
Tiada Ganti Cinta Ini telah dilancarkan di saluran YouTube Luncai Emas bersama sebuah muzik video sejak 27 Mei lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar