Hiburan

“Saya Tidak Akan Mudah Percayakan Orang” – Suzy

Mya Amri
03/04/2018
11:40 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tidak Akan Mudah Percayakan Orang” – Suzy
Pelakon dan juga kekasih kepada Lee Dong Wook, Suzy memberitahu dia sukar untuk mempercayai orang lain.
Suzy mendedahkan perkara itu menerusi satu temu bual bersama majalah ‘Marie Claire’ versi Taiwan baru baru-baru ini.
“Saya tidak mudah untuk mempercayai orang lain. Saya akui sering berasa curiga dan syak wasangka.
“Tetapi sekiranya saya dah mula mempercayai orang, saya akan percayakan mereka sepenuhnya,” ujarnya.
Dalam pada itu, berbicara mengenai kerjaya nyanyiannya Suzy memberitahu dia mahu menonjolkan kelainan dalam album terbarunya.
“Menerusi album terbaru saya berjudul ‘Faces of Love’, saya ingin memberikan sedikit kelainan dari segi emosi.
“Album tersebut menunjukkan pelbagai emosi dan juga rasa sayang yang ada pada diri saya melalui lagu-lagu yang disampaikan,” katanya.
Sumber: Allkpop
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024