Laman Utama

“Saya Tidak Bergaul Dengan Babak Yang Tidak Memerlukan Khidmat Saya” - Alif Satar Ulas Berlakon Filem Pulau

Mya Amri
16/01/2023
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tidak Bergaul Dengan Babak Yang Tidak Memerlukan Khidmat Saya” - Alif Satar Ulas Berlakon Filem Pulau
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar menegaskan bahawa dia tidak terlibat dengan sebarang babak ‘panas’ dalam filem terbaharu berjudul Pulau.
Menurut Alif, pengarah juga bukan sahaja memahami dan menghormati dirinya malah tidak melibatkannya dalam adegan mesra dengan mana-mana pelakon.
“Saya gementar juga tapi saya berasa sangat gembira sebab pengarah pun faham. Dia tidak satukan saya dalam satu babak.
“Saya rasa sangat terkejut kerana mereka pun memahami dan ada sempadan, sebab itu ada pelakon-pelakon berbangsa lain, karakter-karakter yang memegang watak itu.
“Karakter saya pula hampir sama dengan diri saya dan tidak ada bergaul dengan babak-babak yang tidak melibatkan serta memerlukan khidmat saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam masa yang sama, Alif juga menjelaskan mereka mengadakan perbincangan terlebih dahulu sekiranya berasa kurang senang dengan babak yang dilakonkan.
“Saya juga sebenarnya sudah boleh agak akan menerima kerisauan seperti itu, tetapi semasa penggambaran, bukan sahaja pengarah bahkan para pelakon juga mempunyai pertimbangan.
“Macam saya, saya sendiri tahu macam mana cita rasa penonton, apa budaya yang kita selesa, melihat, mendengar, cara lakonan. Saya dah lama dalam industri, saya tahu macam mana nak bawa satu babak itu.
“Kadang-kadang saya fikir babak ini tidak boleh dan saya akan memberitahu pengarah, jadi memang ada banyak perbincangan di antara kami dalam filem ini.
“Saya tahu, ramai sebenarnya yang nak tonton filem ini adalah orang Malaysia. Jadi sebab itulah pelakon kita begitu majmuk dan dari pelbagai latar belakang,” jelasnya.
Terdahulu, Pulau mendapat perhatian netizen selepas trailer filem itu ditayangkan baru-baru ini kerana mengandungi beberapa aksi panas.
Malah filem itu juga turut dikecam dan netizen berpendapat filem seperti itu tidak sepatutnya ditayangkan kerana ia mengundang rasa kurang senang masyarakat.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar