Berita
"Saya Tidak Pernah Bergaduh Dengan Syafiq & Hanya Mengamuk Dengan ....." - Isteri Allahyarham Saleem Iklim
Isteri kepada penyanyi Allahyarham Saleem Iklim, Juriah @ Julia Bachok, mengakui tidak mempunyai sebarang masalah dengan anak tirinya, Syafiq Farhain.
Menurut Juriah, apa yang terjadi sebelum ini adalah hanya salah faham yang terjadi antaranya dan syarikat rakaman Syafiq.
"Saya tidak pernah bergaduh dengan Syafiq dan anak arwah yang lain. Saya hanya mengamuk dengan syarikat rakaman.
"Sebenarnya perkara yang berlaku dulu bukan kerana dia dan kami sudah lama berbaik serta melupakan apa yang berlaku.
"Saya juga sempat berbual dan bergambar bersama dengan Syafiq ketika dia melawat ayahnya di hospital.
"Mungkin ada yang tersalah anggap terhadap saya dan menganggap saya yang menjadi punca hubungan arwah dengan anaknya renggang, satu ketika dahulu," katanya kepada Gempak.
Juriah berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sidang media Showcase Supernova of The Legendary, di G tower, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Showcase Supernova of The Legendary akan menampilkan Syamel, Haqiem Rusli, Tam Spider, Irwan Ahmad, Uchop Ahmad, Nas Kilauan Emas dan Cherpen Band.