Hiburan

“Saya Yang Suruh Ibu Kahwin Lagi” - Ismail Izzani

Umirah Halim
21/01/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
“Saya Yang Suruh Ibu Kahwin Lagi” - Ismail Izzani
Penyanyi, Ismail Izzani mendedahkan bahawa dia yang menyuruh ibunya Datin Suliza Salam supaya membina semula mahligai rumah tangga buat kali kedua.

Langkah yang terbaik

Kata Ismail atau nama lengkapnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 24, perkahwinan merupakan satu langkah yang terbaik bagi melancarkan rezeki ibu dan ayah tirinya yang sudah lama bekerja sekali disamping keluarga juga sudah saling mengenali.
“Sebenarnya saya yang suruh ibu saya berkahwin. Saya cakap dekat ibu saya, seeloknya kahwin sahaja kerana kita sudah saling kenal.
“Ibu saya juga bekerja dengan ayah tiri saya. Saya rasa ini adalah langkah yang bagus, keluarga yang lain pun semua okay.
“Cuma dia yang takut nak kahwin kerana dia takut nak kahwin dan untuk mulakan semula kehidupan perkahwinan.

“Bagi saya mungkin ini adalah yang terbaik kerana selama ibu saya bekerja mungkin rezeki tak masuk kerana mereka masih belum bersama, mungkin dengan kahwin ini rezeki dia lain. Jadi sebab itu saya suruh ibu saya kahwin,” katanya

Ismail Izzani berkongsi perkara demikian ketika ditemui Gempak sewaktu di majlis Lebaran ERA x Leeyana Rahman Fashion Show di Stadium Merdeka pada Isnin.
Dalam pada itu, pelantun lagu Luar Biasa itu juga mengakui bahawa dirinya memang sudah rapat dengan ayah tiri.
Malah, menyifatkan ayah tiri nya sebagai seorang individu yang banyak memberikan sokongan terhadap karier seninya.
“Saya sangat gembira bila tengok ibu saya gembira kerana dia layak untuk rasai semua itu. Saya dengan ayah tiri saya sangat rapat, dia banyak bantu saya dia tunjukkan saya banyak jenis kebaikan, dia selalu menjadi godfather kerana dia selalu sokong saya dalam bidang nyanyian, ia sangat bermakna buat saya. Tanpa dia saya tak tahu bagaimana nak bina karier muzik saya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suliza Salam Tamatkan Zaman Ibu Tunggal

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Nafi Ismail Izzani Sudah Bernikah - "Itu Fitnah! Gambar Itu Diambil Ketika Majlis Kahwin Sahabat"

Terdahulu, selepas dua tahun kembali solo, penyanyi era 1980-an, Suliza Salam mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Ismail A Samad.
Sebelum ini, Suliza pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991, namun pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka.
Begitupun, berita perpisahan tersebut disahkan Ismail yang juga anak bongsu mereka sekitar tahun lalu.
Menerusi perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan dua lagi permata hati iaitu Nurizzati dan Nur Falah.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024