Hiburan

Scarlett Johansson Bakal Buka Kedai Popcorn Di Paris

Ahmad Shah
21/10/2016
13:41 MYT
Sponsor Banner
Scarlett Johansson Bakal Buka Kedai Popcorn Di Paris
Sudah puas berlakon, pelakon Hollywood Scarlett Johansson 31, melangkah ke industri makanan dengan membuka kedai popcorn yang diberi nama Yummy Pop.
Menurut laporan dari Yahoo News, Yummy Pop bakal beroperasi di Kota Paris dan Johansson akan menjualnya sendiri di hari pertama pembukaannya.
“Ini merupakan impian saya dan keluarga sejak beberapa tahun yang lalu untuk membawa snek kegemaran Amerika ke benua Eropah.
“Saya sungguh teruja dan tidak sabar memperkenalkan Yummy Pop kepada orang ramai serta peminat setia.
“Apa yang saya harapkan, perniagaan ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di kedua-kedua negara yang saya cintai iaitu Paris dan New York,” katanya.
Tambah Johansson lagi, idea untuk membuka perniagaan ini ialah atas nasihat suami tersayang, Romain Dauriac yang gemar makan popcorn.
Antara perisa pop corn yang dijangka meletop di mulut pembeli ialah Maple Vermont, Strawbery, dan Truffle.
Semoga perniagaan Yummy Pop menjadi kegemaran ramai dan dunia di masa akan datang.
Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Yahoo News
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar