Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Scene Nasi Kangkang Ellie Suriaty Nampak Real, Siap Kena Kacau Pontianak Mengilai- Fuhhh...Meremang Bulu Roma!

Fiza Kamarudin 28/01/2021 | 06:30 MYT
Baru-baru ini tular di media sosial sepotong video Ellie Suriaty sedang melakukan ritual nasi kangkang untuk salah satu babak drama berjudul 44 Hari Bangkitnya Pocong.
Aksi Ellie itu menyebabkan ramai penonton tidak sabar-sabar lagi menantikan tayangan drama bergenre seram tersebut.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan Ellie menghayati wataknya apabila sanggup melakonkan babak nasi kangkang dengan begitu ‘details’.
Meremang bulu roma!
Namun di sebalik lakonan, ada sesuatu yang berlaku kepada pelakon hebat ini apabila turut mendapat gangguan makhluk halus di set penggambaran!
“Ada satu hari tu kami shoot lewat malam sekitar jam 12 malam dan suasana ketika itu memang gelap. Saya pula ketika itu dengan kontum pocong diletakkan pula berhampiran pokok-pokok.
“Hanya saya dan kamera B sahaja yang berada di situ kerana yang lain semua di sebalik pagar. Tiba-tiba bateri kamera B habis, dia tinggalkan saya sorang-sorang kat situ.
“Masa tu saya stress dan lepas tu terdengar pula hilaian Pontianak yang menyebabkan semua orang di set diam dan semua tak berani nak tegur!
“Saya pula ketika itu dengan kostum pocong risau sangat kalau Pontianak tu mendekati saya kot-kot dia panggil,” katanya berkongsi pengalaman.

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios)

Selain Ellie, pelakon Riezman Khuzaimi turut membarisi drama ini selepas lima tahun tidak terlibat dalam dunia lakonan.
Barisan pelakon lain seperti Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan Raja Shahiran membuktikan produksi tidak memilih barisan pelakon berdasarkan populariti di media sosial.
Apa lagi yang menarik tentang drama 44 Hari Bangkitnya Pocong? Ini trivia mengenainya:
1) Diinspirasikan dari gabungan kisah benar yang berlaku di negeri Johor dan Pahang pernah heboh mengenai pocong yang balik ke rumah dan menemani orang pulang dari tahlil.
2) Tak sangka Elly Suriatie sanggup melakonkan babak nasi kangkang dengan begitu details dan menganggapnya part of job! Salute!
3) Drama ini turut mengetengakan isu viral ketukan pintu dia Malaysia
4) Juga mengenai taboo masyarakat Melayu mengenai mayat bangun apabila dilangkah kucing hitam
5) Elly Suriatie sempat buat kelas lakonan di set penggambaran dan dibantu Raja Syahiran

6) Ramai dah rindu nak tengok lakonan Riezman Khuzaimi!

7) Kodi Rasheed kongsi pengalaman seram diganggu ketika penggambaran

[[BACA: Muka Ada Orang Tiup, Bau Air Kencing, Nampak Dua Pocong...]]
Sinopsis drama 44 Hari Bangkitnya Pocong yang akan bersiaran pada Sabtu, 9 malam menerusi Slot Citra Exlusive di Astro Citra (saluran 108).
Maimon (Elly Suriatie) yang meninggal secara mengejut mula menjadi bualan orang kampung kerana sikapnya selama ini sememangnya kurang di senangi.
Jenazah Maimon terpaksa dikebumikan pada keesokan kerana menunggu anaknya Aizat (Kodi Rasheed) pulang dari Singapura.
Namun, tanpa diduga seekor kucing hitam melangkah mayat Maimon lalu jenazah maimon bangun menyebabkan seluruh penduduk kampung melarikan diri.
Pada malam tahlil yang pertama penduduk mula di serang dengan gangguan ketukan pintu dan penampakan pocong.
Suami maimon Anjang Kamal (Riezman Khuzaimi) mula di datangi hantu Pocong Maimon yang meminta maaf.
Aizat yang sayangkan ibunya menghadapi dilema dalam menghadapi kecaman namun dalam masa sama cuba merungkai punca Pocong Maimon mula menghantui orang orang kampung.
Satu persatu perbuatan terkutuk maimon terungkai termasuklah perbuatan Maimon yang memberikan nasi kangkang kepada Anjang Kamal menjadikan Aizat semakin tertekan.
Mampukah Aizat menghentikan hantu Pocong Maimon dari terus menghantui orang kampung?

#Astro Citra #Mistik #Pontianak #Cerita seram #44 Hari Bangkitnya Pocong #BamBam Studios #Citra Exlusive #Elly Suriatie
;