Hiburan

Sebab Beg Tangan, Jofliam Nak Pukul Pembantu Peribadi Cik Epal?

Asyraf Roslan
26/12/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Sebab Beg Tangan, Jofliam Nak Pukul Pembantu Peribadi Cik Epal?

Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mendedahkan bekas suaminya, Jofliam cuba untuk memukul pembantu peribadinya.

Menurut perkongsian Cik Epal di Instagram, Jofliam didakwa mahu memukul pembantunya itu kerana melihat dia memegang bag tangan milik bekas isterinya itu.
“Bila duda aku dah start main kasar sampai nak belasah assistant aku ni sangat melampau la untuk aku. Dah kenapa sentuh anak orang?

“Jangan acah garing sangat bro. Reason dia nak pukul sebab dia nampak assistant aku pegang handbag aku. Laaa dah kenapa? Dia memang selalu pegang kan barang-barang aku,” jelas Cik Epal.

Pada masa sama, Cik Epal turut mempersoalkan tindakan Jofliam yang dianggap melampau kerana mereka berdua bukan lagi suami isteri.

“Weh kau dah kenapa, Kita dah cerai kan?

“Apa masalah engko ni? Alright tak alright? soal Cik Epal.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai hubungan rumah tangga Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Malah, pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Sekadar info, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.​
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024