“Sebaknya Part Suap Ibu” - Netizen Menangis, Teman Lelaki Kongsi Perjalanan Akhir Arwah Surya
Teman lelaki mangsa bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, Muhammad Haiqal Adnan berkongsi video momen-momen terakhir bersama arwah.
Haiqal berkongsi momen tersebut menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi ruangan IGTV di akaun Instagramnya semalam.
Video itu merakamkan momen-momen manis arwah bersama ibunya dan juga Haiqal.
Selain itu video berkenaan juga turut menunjukkan paparan tangkap layar Direct Message (DM) Instagram yang menyatakan rumah teman wanitanya dirompak.
Momen perjalanan terakhir arwah sehingga dikebumikan yang dirakamkan itu juga mengundang sebak netizen.
Paling menyayat hati apabila babak arwah Siti Nur Surya sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut ibu yang terlantar sakit kerana menghidap kanser otak tahap tiga mengundang tangis netizen.
Menerusi coretan video berkenaan juga Haiqal berharap pelaku perbuatan kejam itu dapat menerima balasan setimpal.
“Semoga syurga tempat awok. Terima kasih untuk segalanya, awak rehat dengan tenang ya. Sampai masa giliran saya pula.
“Awak baik, ramai sayang awak, ramai datang tengok awak. Semoga sahabat awak dapat balasan sepadan dengan apa yang dia lakukan ni,” coretnya.
Menerusi ruangan komen, netizen mengucapkan takziah kepada Haiqal dan juga keluarga mangsa selain berkongsi harapan yang sama dengan teman lelaki arwah.